Friday, December 17, 2010

Bengkel D' Trolak,Hot Spring..wow

Salam..minggu- yg sngt busy..minggu lepas bengkel kerja kat Trolak.. slama 3 hari..minggu ni aku free.......ni sbhagian gambar..spnjang program..

Selepas penutup bengkel
Sebelum mulanya bengkel..malam sabtu



Dinner..a.k.a BBq...byak toi mkanan, kambing,ayam,udang,ikan,sosej,bihun,nasi goreng,salad buah..mcm2 ada...
Hari Terakhir..d Hot Spring..yg fomus kat Perak..

Bsama dgn anak2 bos


dalam kolam air panas.........Alga..utk spa muka..

air ni sngat panas...

Dkat kolam air sejuk


Tempat merebus telor..
Mula2..xnak pergi program..ni...semua kena pi so..xleh nak elak...sangat hepy....
Yang paling gembira dpt jumpa shbat lama..kolej dhulu..
Yeeeeeeeeeeeeeehhhaaaaaaaaaaaa....!!!!!!!!!!!!!!
nak pi lagi...kak,abang.adik.mak,abah..jom kita..
Wassalam..jumpa lagi..bye..

Friday, November 12, 2010

PEMAIN vs PENGKRITIK

Rab, 10 Nov 2010 10:29 zulyunus Editor: RaIdAh

Setiap permainan ada gelanggang. Untuk bermain, kita harus masuk ke dalam gelanggang, merasa segala sepak terajang di dalamnya.
Umpama bermain bola, kita harus berada di dalam gelanggang untuk dapat menjaringkan gol. Jika kita menjadi pengkritik, kita takkan menjulang piala kemenangan. Pasukan A melawan pasukan B, salah satu akan menang.
Mungkinkah pengkritik menang? Pengkritik boleh mengulas sesuka hatinya tentang tindakan pemain, namun dia takkan pernah merasai apa yang dilalui pemain, selagi dia belum terjun ke dalam gelanggang menjadi pemain.

Gelanggang Kehidupan

Dalam kehidupan, banyak gelanggang yang ketandusan pemain, atau mungkin pengkritik yang ada lebih banyak daripada pemain. Mungkin itu berlaku dalam perlawanan bola sepak, biasa. Namun dalam kehidupan nyata, haruskah seperti itu? Jika dunia itu sendiri adalah gelanggang atau arena, maka kitalah pemain-pemain yang berada dalam gelanggang kehidupan. Apakah ertinya?

Kitalah Pemain

Ertinya status kita adalah pemain! We are all players! Segala sepak terajang dalam kehidupan ini akan kita lalui, bahkan harus kita lalui. Bagaimanakah agaknya keadaan apabila seorang pemain mempunyai mentaliti pengkritik? Seorang penjaga gol duduk saja dan mengkritik, lupa bahawa hakikatnya dia adalah seorang penjaga gol. Gawang gol terbiar. Perlawanan takkan terhenti. Penjaga gol terus mengkritik dan tidak menjaga gol. Maka terseksalah pemain-pemain yang serius dan bersungguh-sungguh bekerja, terbeban dan terhakislah potensi pemain pertahanan. Hakikatnya, kita adalah pemain dalam gelanggang kehidupan. Jika kita tidak bekerja dan terus mengkritik, siapakah yang akan terbeban dan terseksa? Potensi siapakah yang kita sedang kikis? Itulah realiti.

Apakah Pilihan Kita?

Tidak tepat jika kita persoalkan sama ada kita ingin menjadi pemain atau pengkritik. Hakikatnya kita adalah pemain! Kita punya amanah dan tanggungjawab dalam melahirkan generasi yang soleh dan bertaqwa. Kita punya peranan dalam mempertahankan kebenaran dan menyebarkannya. Kitalah pemain dan pekerjanya. Itu termaktub dalam perjanjian yang telah kita buat dengan Allah.
Pilihan sebenarnya adalah sama ada kita ingin bekerja dengan serius dan bersungguh-sungguh atau ingin menjadi pekerja yang tidak bekerja dan memanipulasi potensi pekerja lain. Kerja itu adalah kerja kita. Berdakwah adalah kerja kita. Mengajak orang ke arah kebaikan dan mencegah kemungkaran adalah kewajipan kita. Bukan lagi persoalan kita perlu buat atau tidak, tetapi kita ingin buat atau tidak. Firman Allah:
"Dan tidaklah harus bagi orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan – apabila Allah dan Rasul-Nya menetapkan keputusan mengenai sesuatu perkara – (tidaklah harus mereka) mempunyai hak memilih ketetapan sendiri mengenai urusan mereka. Dan sesiapa yang tidak taat kepada hukum Allah dan RasulNya maka sesungguhnya ia telah sesat dengan kesesatan yang jelas nyata". (Al-Ahzab, 33:36).
Jika ditanya kepada kita "siapakah yang akan memperjuangkan agama Allah?" Apakah jawapan kita?
Jawablah "Nahnu Ansharullaah!" (Kami Tentera Allah!)
- Artikel iluvislam.com

Thursday, November 11, 2010

Mencari Sinar

Assalamualaikum

lama benar xtulis kat sini..erm..minggu depan seluruh umat Islam akan menyambut Aidil Adha.. erm..ingin ku mencari sinar di malam hari..tapi tidak ku temui..kerna kegelapan malam...Diawal pagi ku membuka mata ku terpancar sinar mentari yang sungguh indah..cahayanya..yg tidak mampu untuk kita lakukan..sesungguhnya Allah maha pencipta..tq Allah kerna memberi peluang lagi untuk melihat sinar cahaya mu...Apa plak yerk nak tulis..ok lah meh kita tulis kata ni yg dikirm oleh sesorg 'Disebalik kelemahan kita akan ada kemenangan nanti..Macm ulat yg menjadi kupu-kupu yang cantik..'.....Apalah yang ku tulis ni..adakah tersurat atau tersirat..
pikir-pikirlah..wahai hati ku..

Sunday, October 3, 2010

Air Mata Tidak Selamanya Abadi

Senyum. Bahagia. Tenang.
Ke mana perginya hari-hari gelap itu? Hilangnya tidak disedari. Lesapnya tidak mengesankan lagi.
Alhamdulillah. Akhirnya, detik-detik hitam itu sudah berlalu.
Pasti. Semua orang pastinya pernah diuji dengan pelbagai jenis dugaan. Semua tak terkecuali.
Namun, tanda perhatian dan kasih sayang Allah pada hamba-hamba-Nya ini seringkali disalah tafsirkan sebagai kemusnahan, disalah ertikan sebagai perhentian terakhir hidup bagi mereka yang lemah akal dan jiwanya.
Tidak, aku tidak akan sekali-kali menyalahkan mereka. Kelemahan adalah sebahagian 'anggota' manusia, ketidaksempurnaan pula ada 'nama timangan' mereka.
Dulu, ada satu kisah tentang rama-rama. Sering aku kisahkan cerita ini pada mereka yang dirundum kesedihan.
Dengan kisah ini jualah, terselit sekelumit harapan untuk menyisip secebis kekuatan buat mereka yang lemah.
Memang, aku tidak mampu menyanyikan lagu 'Semangat Yang Hilang' untuk mengobarkan kembali semangat mereka, aku juga tidak dapat memberi preskripsi ubat untuk menghilangkan ingatan-ingatan buruk itu, malah aku tidak akan mungkin punya kuasa ajaib untuk mengubah takdir jika bukan diri mereka sendiri yang ingin bangkit mengubah segalanya.
Rama-rama bagiku cukup simbolik. Ia lambang perjuangan hidup. Ia terbang mengibarkan kepak warna-warninya yang indah dan memukau setiap mata yang memandang.
Namun, dulunya rama-rama ini tak lebih dari seekor beluncas.
Ya, seekor beluncas yang dibenci, dianggap perosak dan sering dijauhi.
Namun, kemudian berubah menjadi kepompong sebelum bertransformasi menjadi seekor rama-rama yang cantik.
Kisah rama-rama ini kisah benar, bukan rekayasa atau hikayat dongeng penuh fantasi tetapi lebih kepada teori logik, sebuah cerita saintifik.
Pernah, terdapat sekumpulan saintis sedang membuat kajian terhadap rama-rama. Mereka memerhatikan dengan teliti proses bagaimana seekor rama-rama keluar dari kepompongnya.
Ia kelihatan seperti kepayahan, terseksa untuk mengeluarkan diri.
Berjam-jam lamanya, rama-rama ini mencuba, mencuba, dan terus mencuba untuk keluar dari kepompong yang kecil itu.
Akhirnya, ia berhasil. Rama-rama ini pun terbang ke sana dan ke mari seolah-olah meraikan kebebasannya.
Saintis-saintis muda ini kemudian beralih kepada rama-rama yang lain.
Mereka sepakat untuk membantu mengeluarkan rama-rama ini dari kepompongnya dengan menggunting kepompong tersebut.
Rama-rama ini berhasil 'di'keluarkan dengan mudahnya.
Namun, tahukah kamu apa yang terjadi dengan rama-rama ini?
Tidak, ia tidak mati. Ia masih hidup, ia meneruskan hidupnya dalam keadaan cacat seumur hidup.
Ia tidak berupaya untuk terbang, tidak akan pernah mampu terbang seperti layaknya. Bukankah ini lebih malang?
Ternyata, segala kesukaran serta kepayahan ketika berusaha keluar dari kepompong itulah yang memberi kekuatan bagi seekor rama-rama untuk terbang.
Hakikatnya, apa yang tidak membunuh kita itulah yang melangsungkan kehidupan ini. Kita tidak akan kenal bahagia sebelum melalui sengsara, tidak kenal cinta sebelum faham erti benci, tidak menghargai senyuman tanpa air mata pedih.
Kitaran hidup ini perlu didalami, jatuh bangunnya, turun naiknya, takdir dan karma. Tentu, kata–kata ini sering kita dengar di mana-mana, "setiap yang berlaku pasti ada hikmah disebaliknya".
Ini bukan kata-kata kosong yang palsu. Bukan. Tetapi, jangan pula tanyakan padaku, bila dan bagaimana?
Tetapi bersabarlah. Airmata tidak abadi, kering suatu masa nanti. Percayalah, keajaiban itu pasti ada.
Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan setiap yang berlaku.

sumber:www.iluvislam.com

Wednesday, September 8, 2010

SELAMAT HARI RAYA 1431 H

Assalamualaikum

Khabar semua sahabat ku semua sama ada di alam maya mahupun realiti,kepada pengunjung laman ku..Ana harap kalian semua sihat sejahtera dan dilimpahi rahmat oleh Allah kepada anda semua.

Hari ni hari kedua sebelum berakhirnya Ramadhan bagi tahun 1431 Hijrah..Moga segala amal ibadah kita dibulan ini di terima oleh Allah. Ramadhan yang memberi 1001 kenangan kepada kita semua...syawal akan menjelma xlama lagi..harap amal ibadah kita berterusan sehingga saat nyawa terakhir kita..jgan kerana Ramadhan kita berubah..slepas itu....?tanay la diri sendiri renung2kanlah..Ini menegikat ku juga untuk diri ku sendiri..

Di kesempatan ku nak memohon ampun dan maaf kepada kedua ibu bapa ku,semua yg menegnaliku..sahabat2 sekolah,rakan sekuliah..guru,pensyarah.rakan sepejabat.dan kepada semua yang meneganali. Salam tulus ikhlas dari ku..

Salam Aidil Fitri dari kami sekeluarga
Hj Muhamad Hj Omar
Hjh Satariah Hj Ibrahim
Mawaddah + Ikhwan Zainuddin
Ma'azallah + Jehan Idris = Imtisal bt Ma'azallah
Ma'azah
Mashkur + Sakeenah Kamaruddin = Rayyan bt Mashkur
Mashhur
Mahyuddin
Mazidah
Masilah
Mahfuz
Pesanan ku kepada semua berhati2 dijalan raya biar lambat asal selamt agar kepulangan kita ditangisi dengan kegembiraan bukan kesedihan.
Selamat Jalan dan Selamat Raya.

Sunday, September 5, 2010

Sebab-sebab Doa tidak dimakbulkan.

Sebab-sebab Doa tidak dimakbulkan.

Pernah orang bertanya Ibrahim Adham( seorang Ahli tasawwuf yang masyhur) mengapa doa mereka tidak dikabulkan Allah padahal mereka selalu berdoa. Jawapan beliau seperti berikut:

  1. Kamu mengenal Allah tetapi tidak tunaikan hak-Nya.
  2. Kamu cinta Rasulullah tetapi kamu tinggalkan sunnahnya.
  3. Kamu membaca Al-Quran tetapi kamu tidak beramal dengannya.
  4. Kamu telah makan nikmat-nikmat Allah tetapi kamu tidak tunaikan syukurnya.
  5. Kamu berkata syaitan musuh kamu tetapi kamu tidak menentangnya.
  6. Kamu berkata syurga itu benar tetapi kamu tidak beramal untuknya.
  7. Kamu berkata neraka itu benar tetapi kamu tidak bersedia untuknya.
  8. Kamu berkata mati itu benar tetapi kamu tidak bersedia untuknya.
  9. Kamu bangun dari tidur lalu kamu menceritakan keaiban manusia tetapi kamu lupa keaiban kamu sendiri.
  10. Kamu kuburkan mayat tetapi kamu tidak mengambil iktibar daripada mereka.

Syarat doa supaya di makbulkan.

  1. Berdoa di dalam keadaan suci daripada hadas dan najis.
  2. Memohonan perkara kebajikan.
  3. Disertai rasa menyesal diatas dosa-dosa yang lalu.
  4. Pada waktu-waktu tertentu seperti lepas sembahyang fardu tengah malam atau hari jumaat.
  5. Dengan khusyuk.
  6. Hidup dengan makanan yang halal.
  7. Menyeru nama Allah dengan munasabah dengan hajat yang diminta.
  8. Mengulang-ulang permohonan itu.

sumber:Himpunan solat-solat sunat, susunan Kamaruddin Mahmud.



Friday, September 3, 2010

CERPEN SEMPENA RAMADHAN

Assalamualaikum..salam Ramadhan..hanya tinggal beberapa hari saja lagi Ramadhan akan pergi meninggalkan kita..Adakah ini Ramadhan terakhir bagi kita..?Kita tidak tahu..jgan sia-siakan hari2 terakhir kita bersamanya..Moga kita bertemu lagi dthun hadapan..I.Allah...Di bawah ana nak kongsikan cerpen yang anak baca..copy dari..tak silap ana...dari laman web iluvislam..mohon maaf dan izinkan ana berkongsi cerpen ini,kepada pengunjung setia blog ana..
Najwa melangkah longlai menuju ke kampus. Bukan kerana penat tubuhnya, tetapi terasa jiwanya ada sesuatu yang tidak kena. Najwa terasakan dirinya ibarat belon yang tak cukup udara, tekanan atmosfera luar yang lebih tinggi memenyekkan belon itu. Ramadhan telah berlalu, separuh daripadanya. Najwa mengkontemplasi saat-saat lepas di dalam Ramadhannya kali ini, apakah yang telah dicapainya. Ditakdirkan Allah, assignments di universiti sangatlah banyak, yang kadang-kadang dia tidak mampu untuk iltizam dengan tilawah Al Quran 1 juzuk sehari. Mahupun ingin berlama-lama di atas sejadah, kerana discussion di sana sini. MP3 player berisi bacaan ayat-ayat Al Quran oleh Sheikh Mishari al Efasy menjadi peneman jiwanya yang terasa kosong
“Ya Allah, jangan jadikan aku orang yang mensia-siakan bulan barakah ini..” Najwa mengeluh sendirian.
Penat juga dia mengenangkan, kenapa pula kelopak matanya tersangat kering. Dia juga letih mengenangkan, kenapa apabila dia membaca kalamullah tidak tersentuh jiwanya. Najwa teringat surah Al Anfal ayat 2
“Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu adalah apabila disebut nama Allah, bergementarlah hati mereka, dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayatNya, bertambahlah iman mereka dan kepada Tuhan mereka sahajalah mereka bertawakal”
Najwa mengulangi doa yang diajarkan Rasulullah SAW.
“Ya Allah, hanya rahmatMu yang aku harapkan. Jangan tinggalkan aku sendirian walau dengan kadar sekelip mata. Perbetulkan segala urusanku. Laa ilaha illa anta (Tiada Tuhan selain engkau)” Riwayat Abu Dawud, Ahmad.
Najwa singgah duduk di satu “bench” di bawah pokok. Musim bunga kali ini dirasakan tidak membunga-bungakan iman di dalam hatinya.
“Ya Allah, hanya rahmatMu yang aku harapkan”. Dalam Najwa mengulangi doanya itu, tiba-tiba terdetik di dalam hatinya:
Benar-benarkah hanya rahmat Allah yang dia harapkan? Benarkah hanya kepada Allah dia berharap, benarkah dia berharap Allah mengiringinya di dalam setiap urusannya.
Najwa teringat suatu peristiwa, semasa Najwa mengajak beberapa juniornya untuk mengikuti halaqah mingguan. Dia terasa sangat “excited” kerana nampak wajah-wajah baru yang ingin mendekatkan diri kepada Allah. Pada hari tersebut, Najwa dipertanggungjawabkan untuk menyampaikan tazkirah. Usai tazkirah tersebut, Siti, salah seorang juniornya berkata kepadanya, “Best la tazkirah kak Najwa..”
Najwa terasakan dadanya kembang keseronokan. Najwa tersentak.. Kelopak bunga spesis Rhododendron berterbangan ditiup angin.
“Oh.. di situlah silapnya.. Benarkah aku hanya mengharapkan rahmat Allah dari amal yang aku perbuatkan? Rupa-rupanya, aku masih seronok dengan pujian. Sedangkan aku tak tahu, sama ada amal itu masih diterima Allah atau tidak.. Ya Allah, benar-benar kali ini.. Hanya rahmat Engkau sahaja yang aku harapkan.. Lebih baik sekiranya manusia benci aku atas usaha aku, asalkan Engkau tidak marah kepadaku”
Najwa mengenangkan, rahmat Allah sudah semestinya tersangat besar. Allah, Dialah Tuhan yang telah menyelamatkan Najwa daripada lemas di dalam paya busuk jahiliyah. Allah, Dialah Tuhan yang telah melahirkan perasaan malu dalam dirinya, lalu perasaan malu itu menyelamatkan Najwa dari ikhtilat (percampuran bebas lelaki dan perempuan), lalu dengan perasaan malu itu, pakaiannya semakin sopan menepati ciri-ciri muslimah. Allah, Dialah Tuhan yang telah memilihkan teman-teman seperjuangan yang saling memperingatkan kepada kesabaran, keimanan dan mengajak kepada amalan soleh.
Najwa teringat lagi, apabila dia sibuk mengendalikan program-program islamiah semasa cuti musim bunga. Masya-Allah, Allah telah beri dia keizinan untuk berlari ke sana ke mari, kelam kabut, berpenat-penatan untuk memikul tugasan dakwah. Allah telah beri peluang untuk dia mujahadah. Tapi, dia kelam kabut dalam solatnya kerana ingin mengejar urusan “dakwah”nya. Dia tidak dapat iltizam dengan tilawah Al Qurannya. Dia tidak sempat berhenti seketika untuk muhasabah amalan-amalannya.
Tiba-tiba Najwa tersentak lagi.. “Mengapakah kamu suruh orang lain mengerjakan amal kebaikan, sedang kamu melupakan diri sendiri, padahal kamu membaca Al Kitab? Maka tidakkah kamu berfikir?”
Najwa teringat Surah Al Baqarah ayat 44, ya benar.. Dia telah melupakan dirinya sendiri. “Ya Allah, benar-benar kali ini.. aku mengharapkan Mu jangan tinggalkan aku bersendirian bersama urusan-urusanku.. walau pada kadar sekelip mata,” Najwa berharap.
Sesungguhnya manusia itu pelupa sifatnya. Manusia zalim terhadap dirinya. Hanya atas rahmat Tuhan Yang Maha Penyayang yang mampu menghindarkan manusia daripada menzalimi diri mereka sendiri.
Manusia jua mudah terasa dirinya serba cukup. Mudah sahaja terasa bahawa dia tidak perlukan sesiapa untuk membantu urusannya. Kerana dia mempunyai kepandaian, kekuatan fizikal dan kelebihan untuk mengendalikan urusan hariannya. Tetapi, manusia lupa.. Di belakang sesuatu urusan, Allah, Tuhan yang Maha Mengetahui sedang memerhatikan apa yang manusia perlakukan. Malah, Dia mengetahui apa yang berada di benak fikiran dan lubuk jiwa insan. Najwa terkedu. “Hah! Termenung apa tu!” Najwa disentakkan oleh temannya, Hayati.
“Awak ni, terkejut saya tau!” Najwa mencebik.
“Alah.. maaflah.. Assalamualaikum” Hayati tersengih sambil beri salam
“Awak dah sampai ke negeri China ke tadi Najwa? Maaflah ganggu kembara angan-angan awak” Hayati memang terkenal dengan sifat suka menyakat. Walaupun begitu Hayati memang seorang yang sangat tajam pemerhatiannya.
Najwa sengih sahaja. Najwa bertanya kepada Hayati, “Kaifa imanuki? (Apa khabar iman kamu?).
Hayati senyum, “Alhamdulillah.. Alhamdulillah… I hope to stay in Ramadhan all the time
Najwa sambung lagi, “Kongsi la tips. How to benefit this Ramadhan!”
Hayati melarikan anak matanya ke kiri dan ke kanan. “Err… Saya tak pandai la bab-bab kasi tips ni. Tapi, saya nak share something. Tazkirah yang saya dengar from Sheikh masa solat tarawikh kat musollah”
“Surah Al Ma’un ayat 4-5.”
“Dalam ayat 4.. Allah cela orang yang bersolat. Pelik ye, kenapa pula bila kita bersolat, yakni beribadah tetapi kita masih dicela oleh Tuhan kita. Awak rasa-rasanya kenapa, Najwa?” Hayati buat soalan KBKK pula.
“Alah, mana la saya tau.. Awak citer je la” Najwa malas nak fikir.
“Okey lah, kalau kita tengok ayat 5, Allah cakap “iaitu orang-orang yang lalai di sekitar solat mereka”.. “Kalau tengok perkataan Arab ‘an solaatihim, bukannya fi solaatihim. Maksudnya, Allah cela orang-orang yang lalai di sekitar solatnya, iaitu di luar solatnya dia lalai. Bukan referring to orang yang lalai within his/her solat. As if, orang tu dah defeat the purpose of solatnya kerana solatnya masih tidak dapat melindungi dirinya daripada berbuat maksiat apabila dia selesai solatnya. Itu sebab Allah cela”
“Macam kita lah, kalau dok dalam halaqah, kita asyik cerita pasal kena amar ma’ruf nahi mungkar.. Tapi kalau di luar halaqah, kita tak buat pun apa yang kita perkatakan tu.. What is the purpose of the halaqah to begin with?” Hayati berkata.
Najwa tertunduk. “Jazakillah ukhti..”
Hayati berkata, “Awak ni cam ade problem je...”
Najwa melarikan pandangannya, “Hmm.. Biasalah, hati kurang sihat.”
Hayati berkata lagi, “Alhamdulillah.. Awak masih dapat rasakan sama ada hati awak baik ke tidak. Rasulallah pernah cakap, sapa yang dalam saat imannya rendah, tapi masih berpegang kepada Sunnah baginda, sesungguhnya dia telah mendapat petunjuk”
“Iman kita memang ada up-s and –down-s. Tapi di saat down ni, sebenarnya Allah nak kasi clue kepada kita. Betapa sebenarnya seronok dan indah apabila iman kita baik. Allah nak beritahu kita bila kita tengah down ni, bahawa Allah rindu dengar kita merintih dan mengadu kepadanya..
Sepertimana ada satu Hadith Qudsi, Allah berfirman “wahai malaikat, turunkanlah musibah ke atas hambaKu, kerana aku rindu mendengar dia merintih kepadaKu”
You know what, Najwa... Asalnya, kita tak perlu pun mengadu kat Allah dosa-dosa yang kita buat atau kejahilan yang kita buat.. Sebab Allah memang dah tau pun. Tapi Allah suruh kita doa dan mengharap kepadaNya, supaya kita lebih akrab kepada Allah” Hayati mengusap-usap kepala Najwa.
Najwa menyeka air mata. Ah! Akhirnya basah juga kelopak matanya!
Benarlah, bertafakur lebih baik daripada solat 1000 rakaat. Kini, Najwa terasa qalbunya lebih ringan. Mudah-mudahan langkahnya selepas ini mengharungi saat-saat terakhir Ramadhan, diterima oleh Allah.

Thursday, August 26, 2010

Kemana Hilangnya Ma'az yang Dulu

Assalamualaikum,


Bersyukur ku kpada Allah memberi peluang kepada ku dan masih mampu berpuasa dalam bulan yang mulia ini. Di kesempatan ni jugak aku nak mencari diri ku yang dulu. Kemana hilangnya........???sapa tahu..di manakah dia...Kenapa skarg banyak sangat sifat yang xelok berada dlam diriku..skrang ku mudah cepat marah, sangat snsitif..dan menjadikan seseorang tempat kemarahanku..Ya Allah ampunilah aku..di atas perbuatan ku..ni...tak seperti dulu..Kini ku cuba sedikit demi sedikit utk mengkis sifat ini..perlukah ku minta bantuan dari sesiapa...??..Ku harap bulan ini yang sangat mulia dan banyaknya2 kelebihan, ku dapat istiqamah..dan mendapat cita2ku untuk mengembalikan Ma'az yang telah hilang dalam diriku..

Ku Rebah Di Dalam Dakapan Hiba
Sepi Ku Rasa
Sekali Ku Kenang
Jelas Terbayang
Hakikat Diri
Sebenarnya Serba Kekurangan
Ku Menyedari Kelemahan Diri
Tiada Mensyukuri
Segala Nikmat Yang Diberi
Mempersiakan Kurniaan Mu Tuhan
Sedangkan Ehsan
Tak Terbatas Ternilaikan
Sesungguhnya Aku Tidak Berdaya
Hanya Berserah Pada Yang Esa
Memohon Keampunan Nya
Mengharap Keredhaan Dari Nya..

Semoga Masih Terbuka
Ruang Keinsafan
Untuk Diri Ini Menebus Kesilapan

Ya Allah bantulah aku untuk menempuh hidup ini..

Amin..Amin YA Rabbal A'lamin

Friday, August 20, 2010

Ramadhan 2010..

Salam Ramadhan kepada semua sahabat dan pengunjung2 di blog ku ini. belum terlambat untuk ku mengucapkan slmat berpuasa kepada semua. hari dh 10 hari kita di dalam bulan Ramadhan. Masa begitu cepat sekali..
Ramdhan kali ini ku ambik peluang2 utk berpuasa di kg. cuti 2 hari ku berada di kg...Best dpat berbuka bersama kluarga kali ni, kerana sukar utk berkumpul dlm kluarga yg besar..masa ni ni pon msih ada yg xcukup. Dapat la penuhi impian family nak mkn favorte nasi dlm bulan posa.Alhamdulillah dpt bertawarih di surau tok wan yg hanya selangkah utk sampai..Ptg berpeluang pi bazarnya..rmai gak org..makanan pon sgalanya ada..Kt kg ku menghabiskan jahitan baju yg pertama kali utk ku ambil upah menjahit..hanya sekadar kepuasan jahitannya xlah secantik jahitan butik..nilah hasilnya...


Pada 19/8/2010 yg lalu kat opis ada ceramah penghayatan Ramdhan disampaikan oleh Ust Zamri Zainal Abidin (IKIM.FM). Dapat sedikit sebanyak ilmu yg disampaikan.
Puasa adalah keperluan alam bukan keperluan manusia sahaja. Puasa disyariatkan kepada manusia selama sebulan iaitu pda bulan Ramadhan. Pada bulan ini ada beberapa peristiwa. Antaranya perang Badar dimana para sahabat menghadapi tentera musuh dalam keaadaan berpuasa, Nuzul Al-Quran,
Mempunyai 4 Dimensi
1. Syariat- Perintah (Milik Allah)..contoh puasa, solat
2. Hikmah- Perkara yang diperintahkan ada hikmahnya.
3. Fadhilat(Motivasi)
4. Rukhsoh(Kelonggaran).
Dalam bulan puasa inilah banyak cabaran dan dugaannya. Kemuncak puasa adalah Eidul Fitri yang bermaksud kembali kepada fitrah.

majlis berbuka kat bangi steamboat..dgn kwn opis...




Thursday, July 29, 2010

Cerita Sedih ku Di Hujung Minggu

Salam semua kengkawan
lama ku xcoret kat sini..hujung minggu ku yg penuh..lepas balik dr cmeroon...ku pergi..hulu langat..apa nama tmpat xtau...kwsn sungai yg berbatu..mcm air terjun...program tarbiah tarbawi utk plajar IPT..Alhamdulillah dapat sedikit sebanyak input untuk mendakwah kan diriku sendiri..terasa rindu smsa study dulu yg dipenuhi dgn program tarbiah..slepas program..acara makan durian..Alhamdulillah sedap sungguh..lama dh teringin nak makan..last tertunai impianku..fevret buah...pastu pekena plak buah dokong..
Dlam perjalanan pulang tercipta lah cerita sedih aku.......Dia dah pergi meninggalkan ku...nak di jadikan cerita..Aku letakkan dia dihadapan, ku dok sebelah pemandu..sambil berborak dgn kwan...bila nak sampai..ku nak ambik dia..terkejut ku dia dh xder...cari dlm keta xjumpa...erm...maka aku wat certa..ni mesti dia main papan gelungsuq..xsempat nak dia nak breek kot...maka tercampak lah dia dijalan raya..mybe kuburnya di selekoh jalan raya dari KLIUC Bangi- Putrajaya...semuanya mcm dah nak jadi..selalu nek keta pasang aircond..tapi hari tu guna aircorn original punya...yg Allah berikan kan kepada kita tanpa bayaran...berbeza dgn kita semua nak bayaran.....kat depan tuh sama tinggi dgn tingkap...lurus la...memang sah la dia tercampak di jalan raya...Dia amat berjasa kepada ku dlm menerangi jalan2 ku..membantu ku membaca...Begitu kisah hidup Dia yg telah bersama ku selama 2 tahun dari Bulan 8 2008-24.7.2010..dia dilahirkan di Kedai Tai Optical..kat Aloq Staq...Nama Dia Vini...Begitu lah..apa yg kita niatkan sama ada tertunai atau tidak..mungkin dia merajuk sebab aku dok plan nak cari pengganti..last dia pergi dulu....semuanya takdir Allah..
Pada petang kelmarin aku sudah ada pengganti..yang akan menyambung tugas2 mu...Nama dia Mizzoni made Japan..dilahir pada 28.7.2010...di Fokus Point Alamanda Putrajaya....
Begitulah Kisah sedih aku dengan Cermin Mata Ku.....Hehe teringat zman sekolah rendah wat karangan..bibliografi...Aku sepasang kasut..aku sebatang pen....:)

Monday, July 19, 2010

Kanak2 di Cameron


laila(kanan),sofea(kiri)

ika

ank org yg di snap

amir

si kembar abang(bju biru) adik (bju Oren)

TRIP CAMERON 17,18/7/2010

Hujung minggu mengadakn percutian yang sangat menyeronokkan..bersama-sama kawan..
ni pengalaman pertama ku menjejak kaki ke cmeron hinglands,bagi org len mungkin perkara biasa.bgiku amat srnok skali..Perancangan ni diplan bulan lepas..
7.30 kami mulakan perjalan dr putrajaya-berkumpul di batu cave=3bjik keta..berkumpul stesen ke3 di hentian rawang=5bji keta. pastu konvoi ke CH melalui jln simpang pulai...bestnya...smpai sana dlm kol 1tgah la..jumlh keta 7biji..maka jadilah fmily yg besar punyer...Kita semua menginap di Jurina Inn Resort...kol3 ptg kita mecri sasaran utk jejaki..first ke Kasimanis mkn aiskrim..strawberry corner-cactus point-balik singgah pasar malam Brincang -singgah bgambar kat smokehouse(ala british)..sampai penginapan kol 7.30 ptg..Acara malam BBQ..








acara bbq bagaikn stu fmily...

ni kat smokehouse..Rmh penginapan ala British



makan ais kat kasimanis memang sedap punyer...




ni kat ladang teh

ni dlm ldg strawberry..wow best dpat petik sndiri

esoknya..kol 9 cek out carik srapan..kmudia..pi ldang teh wow bestnya.....ladang strawberry kutip strawberry jadik petani jap....alang2 amik pgalaman petik buah...1/2kilo RM20...
singgah plak beli syur kat kea farm..murah2 la...
pastu terus balik...sampai kat Putrajaya kol 8.30 mlm.
Syukran semua kawan2ku yang menjaya percutian kita....
next percutian......................???????????
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...