Sunday, September 5, 2010

Sebab-sebab Doa tidak dimakbulkan.

Sebab-sebab Doa tidak dimakbulkan.

Pernah orang bertanya Ibrahim Adham( seorang Ahli tasawwuf yang masyhur) mengapa doa mereka tidak dikabulkan Allah padahal mereka selalu berdoa. Jawapan beliau seperti berikut:

  1. Kamu mengenal Allah tetapi tidak tunaikan hak-Nya.
  2. Kamu cinta Rasulullah tetapi kamu tinggalkan sunnahnya.
  3. Kamu membaca Al-Quran tetapi kamu tidak beramal dengannya.
  4. Kamu telah makan nikmat-nikmat Allah tetapi kamu tidak tunaikan syukurnya.
  5. Kamu berkata syaitan musuh kamu tetapi kamu tidak menentangnya.
  6. Kamu berkata syurga itu benar tetapi kamu tidak beramal untuknya.
  7. Kamu berkata neraka itu benar tetapi kamu tidak bersedia untuknya.
  8. Kamu berkata mati itu benar tetapi kamu tidak bersedia untuknya.
  9. Kamu bangun dari tidur lalu kamu menceritakan keaiban manusia tetapi kamu lupa keaiban kamu sendiri.
  10. Kamu kuburkan mayat tetapi kamu tidak mengambil iktibar daripada mereka.

Syarat doa supaya di makbulkan.

  1. Berdoa di dalam keadaan suci daripada hadas dan najis.
  2. Memohonan perkara kebajikan.
  3. Disertai rasa menyesal diatas dosa-dosa yang lalu.
  4. Pada waktu-waktu tertentu seperti lepas sembahyang fardu tengah malam atau hari jumaat.
  5. Dengan khusyuk.
  6. Hidup dengan makanan yang halal.
  7. Menyeru nama Allah dengan munasabah dengan hajat yang diminta.
  8. Mengulang-ulang permohonan itu.

sumber:Himpunan solat-solat sunat, susunan Kamaruddin Mahmud.



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...