Friday, January 20, 2012

Thursday, January 19, 2012

Bukit Malawati, Kuala Selangor

Mengisi masa di hujung minggu pergi berjalan-jalan makan angin..di Kuala Selangor.. Sangat seronok dapat menikmati keindahan alam, laut yang terbentang luas dari puncak Bukit Malawati


Cantik tak..bas ni untuk naik ke atas Bukit Melawati..

Atas Bukit Malawati

Sangat cantik dan unik pokok ni..betapa cantiknya Allah...Sangat suka ambil gambar alam..

Selat Melaka

Si comel Rayyan n Ainin

Ha ha mengalahkan boy

Muara dekat Restoran Ikan Bakar Pantai Jeram

Hehe..nak bergambar juga..


Bercuti ni bersama dengan adik,adik ipar serta seorang pencinta alam..(jgn marah ainin)..Dimana lagi tempat yang ingin ku pergi..untuk menikmati keindahan alam ciptaan Allah..
Ku harap suatu hari nanti dapat peneman yang setia untuk menjadi teman setia merealisasikan hobiku...

P/s :nak dslr.. :( ntah tahun bila ku dapat miliknya

Tuesday, January 10, 2012

Untukmu Yang Akan Mendampingiku

sangat unik dan mendalam maksud bait-bait doa indah ini.......buat mereka yang mencari..pilihan hati

Letih,
Mungkin itu yang akan aku rasa
Mencarimu dalam bayang
Tidak pernah bertemu hingga melayang

Melayang,
Melayang angan terbuai usia
Bergerak naik menuju ke pusara
Tidak henti terus mencari
Tambatan hati yang dinanti-nanti

Kuberdoa pada pemilik hati
Yang menggenggam nyawa dan nasib diri ini
Apabila dia membaca tulisan ini
Semoga hatinya boleh menjadi hati yang suci

Mungkin selama ini aku terlalu memilih
Atau mungkin tiada yang dipilih
Semuanya menjauh
Tidak terlihat dan tidak tersentuh

Kini segalanya harus dimulakan
Dari niat tulus yang tidak ternilai
Terlalu mulia untuk dinilai
Terlalu tinggi untuk dituai

Dalam sujud hati
Kami berdoa pada ilahi
Agar segera bertemu kekasih hati
Yang menemani kami ke syurga abadi
Aku benar-benar tidak tahu
Apakah kamu atau siapa pendampingku
Namun jika memang sudah takdirku
Semoga hatiku boleh bersanding dengan hatimu..

Si comel (Ju-On)..
p/s: petikan dr buku keluaran kemilau publika ..

Sunday, January 1, 2012

Selamat Tahun Baharu 2012


2011 sudah berlalu..pelbagai cerita suka duka yang kita semua hadapi dengan tenang. Pelbagai ujian dan dugaan..adakah tahun baharu 2012 kita akan meneruskan segala-galanya...yg tertinggal di tahun lalu...

Yang pasti tahun ini buat lebih baik. Yang lalu biar jadi sejarah.. Selamat Tahun Baru 2012 kepda semua kawan-kawan di sini.. Moga impian ku tercapai pada tahun ini. Amin Ya Rabbal A'lamin..ku terbang bebas seperti rama-rama
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...