Saturday, March 27, 2010

JEJAK SYURGA ATAU JEJAK NERAKA... KE MANA ANDA SEKARANG?

Kita sekarang dihidupkan oleh Allah, di bumi Allah dan di dalam zaman yang Allah tentukan. Selepas itu kita akan dikembalikan, sama ada disedari atau tidak ke salah satu daripada dua negeri yang kekal abadi iaitu syurga atau neraka.
Sekarang kita sedang berjalan ke destinasi yang kita sendiri pilih - syurga atau neraka. Allah menyediakan dua jalan untuk kita pilih. Terpulanglah kepada kita untuk memilih sama ada jejak ke syurga atau jejak ke neraka.
Namun begitu, Allah sudah memberitahu kita di dalam Al-Quran, tentang betapa nikmatnya kehidupan dan pengalaman manis di syurga. Begitu juga dijelaskan betapa azabnya kehidupan dan pengalaman ngeri di neraka. Nabi Muhammad saw. juga menguatkan lagi melalui hadith-hadithnya yang masih segar dibaca dan didengar hingga ke hari ini.
Sebagai makhluk yang diberikan kesempurnaan akal fikiran, manusia boleh berfikir kesan dan risiko yang bakal diterima akibat dari sesuatu tindakannya. Setiap sesuatu itu ada sebab-musababnya. Allah masukkan seseorang ke syurga kerana dalam hidupnya di dunia ini, dia memilih jalan ke syurga. Begitu juga Allah masukkan seseorang itu ke neraka kerana dalam hidupnya dia sengaja memilih jalan ke neraka. Terpulang kepada kita hendak mengikuti jejak syurga atau jejak neraka...

Pilih dan ikutlah jalan ke syurga sebagaimana yang disenaraikan di bawah:

  • beramal semasa muda lagi
  • bertolong-tolongan kerana Allah
  • jauhi diri dan keluarga dari zina
  • mendidik anak kewajipan beragama
  • mendirikan solat wajib dan sunat
  • bertahajjud di tengah malam
  • menangis dan menginsafi diri kerana takut akan ALlah
  • bersedekah, menderma dan berwakaf secara senyap
  • berpaut hati pada masjid
  • sentiasa belajar hal-ehwal agama
  • sembahyang berjemaah
  • selalu berada di tempat pengajian agama
  • menziarahi orang sakit
  • mengiringi mayat hingga ke kubur
  • mengadakan khenduri cara Islam
  • mendamaikan pergaduhan
  • menolong anak yatim dan miskin
  • dan lain-lain perkara kebajikan

Pada masa yang sama hindarilah jejak neraka yang disenaraikan di bawah:

  • tidak mengajar anak hal-hal keagamaan
  • kaya tapi bakhil
  • menipu
  • mengambil arak, dadah dan yang memabukkan
  • mengadakan majlis maksiat
  • berzina
  • memakan harta anak yatim
  • meringankan sembahyang
  • tidak mengeluarkan zakat
  • panjang angan-angan dan tak mahu bertaubat
  • meninggalkan sembahyang
  • durhaka kepada ibu bapa
  • berbuat fitnah
  • suami dayus (membebaskan isteri)
  • ibu bapa dayus (membebaskan anak)
  • makan harta haram
  • berbohong dan berdusta
  • menggunakan sihir
  • dengki dan khianat

Sementara kita diberi peluang oleh Allah untuk memilih jalan yang menentukan nasib kita pada masa hadapan, marilah sama-sama kita saling bantu-membantu menegakkan amar makruf dan nahi mungkar yang dewasa ini sudah kurang berfungsi dan tidak diberi keutamaan lagi.

Thursday, March 25, 2010

BUAT PEJUANG AGAMA

(Khas buat insan teristimewa dalam hidup ini... dan juga isteri-isteri
pejuang... serta bakal isteri seorang pejuang)

Isteriku....
Apabila kusentuh telapak tanganmu...
Ku usap-usap,ianya semakin kasar dan keras....
Apabila kurenung wajahmu....
Terpancar sinar bahagia dan ketenangan walaupun kutahu...
Redup matamu menyimpan satu rintihan yang memberat....
Apabila kutersentak dari pembaringan dikala fajar kazib menyinsing...
Aku
terpana dek munajatmu yang syahdu.


Isteriku...
Tatkala teman-temanmu sedang bersantai di samping...
Insan-insan tersayang di dunia ciptaan mereka..
Engkau bahagia mengorbankan seluruh detik-detikmu....
Hanyasanya untuk Islam...
Tatkala lengan-lengan mereka dibaluti...
Pelbagai hiasan yang indah...
Leher-leher mereka memberat dilingkari dengan kilauan barang kemas...
Pakaian-pakaian mereka anggun persis puteri kayangan...
Wajah mereka dipalit pelbagai warna dan jenama...
Kau umpama ladang ummah...
Kau menginfa'kan seluruh jiwa dan raga demi kebangkitan Islam...
Kau tak pernah bersungut-sungut, mengeluh, meminta-minta mahupun
mengadu domba...
Tatkala mereka berlumba-lumba mengejarpangkat dan nama..
Kau gah menjulang nama dengan pengaduanmu di sisi yang Esa...

Isteriku....
Bukan aku tidak mampu membelikan barangan dan hiasan-hiasan
tersebut...
Tetapi isteriku...
Aku masih ingat tatkala aku menyuntingmu untuk dijadikan suri dan seri
kamar
hatiku....
Kau melafazkan, "Saya sudi menjadi sayap kiri perjuangan saudara
tetapi
dengansyarat..."..
Kau tersenyum sambil menghela nafas dalam-dalam....
Aku termangu sendirian...
Syarat apakah itu? Banglokah? Hantaran seribu serba satukah? Kereta
mewahkah? Aksesori Habib Jewels kah? Barangan kulit Bonia kah? Perabot
mahal
dari Itali kah?...
Atau honeymoon di Kota Paris kah?..
Katakan...Aku mampu memberikan...
Lamanya kau mengumpul kekuatan untuk berkata...

Akhirnya...
Arghhh... Permintaanmu itu...
Pasti ditertawakan oleh kerabat dan teman-teman kita...
Aku tergamam serta Kelu...
Dengan penuh keyakinan kau berkata..
"Saudara , Mampukah saudara menjadikan saya sebagai isteri yang
kedua saudara?....
Mampukah saudara menjadikan Islam sebagai isteri pertama saudara yang
lebih
perlukan perhatian?...
Mampukah saudara meletakkan kepentingan Islam melebihi segala-galanya
termasuklah urusan-urusan dunia?...
Mampukah saudara menjual diri saudara semata-mata kerana Islam?..
Mampukah saudara berkorban meninggalkan kelazatan dunia?...
Mampukah saudara menjadikan Islam laksana bara api....
Saudara perlu menggenggamnya agar bara itu terus menyala...

Mampukah saudara menjadi lilin yang rela membakar diri untuk Islam..
Bukannya seperti lampu kalimantang yang bisa di'on'kan bila perlu dan
di'off
kan bila tidak....
Mampukah saudara mendengar hinaan yang bakal dilontarkan kepada
saudara
kerana perjuangan saudara....
Dan... mampukah saudara menjadikan saya isteri seorang pejuang yang
tidak
dimanjai dengan fatamorgana dunia?...

Aduh! Banyaknya syarat-syarat itu isteriku...
Namun aku menerima syarat-syarat tersebut kerana aku tahu..
Jiwamu kosong dari syurga dunia...
Kerana aku tahu kau mampu mengubah dunia ini dengan iman dan
akhlakmu..
Bukannya kau yang diubah oleh dunia...

Isteriku..
Akhirnya jadilah engkau penolong setiaku sebagai nakhoda mengemudi
bahtera
kehidupan kita...
Susah senang kita tempuh bersama...
Aku terharu dengan segala kebaikanmu...
Kau jaga akhlakmu...
Kau pelihara maruahmu selaku muslimah...
Kau tak pernah mengeluh apabila sering ditinggalkan dek tugasku
menjulang
Islam ke persada agung....
Kau jua sanggup menyekang mata menungguku sambil memberikan aku suatu
senyuman terindah di ambang pintu tatkala aku pulang lewat malam....
Malah
kau seringkali meniupkan semangat untuk aku terus thabat di pentas
perjuangan ini....
Kau tabur bunga-bunga jihad walaupun kita masih jauh dengan haruman
kemenangan...

Isteriku..
Tangkasnya engkau selaku suri...
Biarpun kau jua sibuk bersama mengembleng tenaga selaku sayap kiri
perjuanganku..
Kau jaga teratak kita dengan indahnya...
Kau siraminya dengan wangian cinta dan kasih sayang....
Kau tak pernah menjadikan kesibukanmu itu untuk kau lari dari amanahmu
meskipun jadualmu padat dengan agenda-agenda bersama masyarakat dan
kaum
sejenismu....
Cekalnya engkau mendidik anak-anak...
Kau kenalkan mereka dengan Allah, Rasul SAW, Ahlul Bait serta para
pejuang Islam...
Kau titipkan semangat mereka sebagai generasi pelapis jundullah...
Kau asuh mereka membaca Al Quran...
Malah kau temani mereka mengulangkaji pelajaran dikala menjelangnya
peperiksaan...

Isteriku...
Barangkali inilah kebenarannya ungkapan keramat Al Khomeini...
Tangan yang menghayun buaian boleh menggoncang dunia...
Andai Saidatina Fatimah binti Rasulullah SAW masih ada..
Pasti beliau tersenyumbangga kerana masih ada srikandi Islam...
SEPERTIMU....WAHAI ISTERIKU..
>
Wallahu A'lam..
>
*** MENYINTAI TIDAK BERMAKNA MEMILIKI ***

Janganlah kau angkuh melaungkan...
Si dia kepunyaanmu...
Atau kau kepunyaan si dia ...
Kerana hakikatnya...
Kita tidak pernah memiliki sesiapa...
Walau sekeping hati seorang insan...
Tidakkah kau sedar...
Hukum alam menyatakan...
Menyintai tidak semestinya memiliki?...

Manusia pandai berpura...
Berlakon di pentas dunia...
Dan bertopeng menutup rahsia..
Tetapi hati...
Tidak pernah berdusta pada empunya...
Tentang perasaan yang bergolak di dalamnya...

Tidakkah kau sedar...
Mungkin si dia melafazkan...
Ungkapan cinta padamu...
Tetapi hati dan perasaannya...
Tidak pernah berniat begitu...
Dia hanya berselindung...
Di sebalik sejuta alasan...

Dan kau...
Begitu jujur dan setia menyintainya..
Sehingga terlupa..
Hukum alam menyatakan..
Menyintai tidak bermakna memiliki..

Sesungguhnya...
"Aku tidak pernah memiliki dirimu..."
"Dan kau jua tidak memiliki diriku."

Mengertilah...
Kita sebenarnya kepunyaan..
Yang Maha Esa...
Tiada sesiapa berhak memiliki diri kita...
Kecuali Dia...
Dia mengasihi hambaNya...
Dia memiliki hambaNya...
Dan ke pangkuan Dia kita akan dikembali......

Wallahu A'lam...

Monday, March 22, 2010

Percutian Ku....

12.3.2010....aku balik kg krna nk menghadiri kenduri sepupuku yg juga rakan sepermainanku setiap kali ku balik kg atok.Faridah anak pakcik aku..bestnya dapat balik kg..byk betoi kenduri kawin almaklumlah cuti sekolah..Semoga bahagia..kpd kawan dan semua umat Islam yg mendirikn rumah tangga...Org lain yang kawin..aku plak jadi sasaran soalan cepu emas bila nak kawin..yerlah sebaya aku blaka dh kawin..apa yg ku jawab tunggu..nak buat suprise la konon..kepada abah dan mak maaf yerk..Setiap jodoh pertemuan tu pasti ada..belum sampai lagi..seru tuh...mak abah doalh depan kaabah nanti yerk supaya kak cik dpt jodoh dgn org yg beriman&bertaqwa dan dpt menjaga kak cik sepertimana abah dan mak menjaga kak cik....
Ni satu lagi nilah first time ku pi alor star nek motor sendiri mcm xpercaya plak..ptg tuh punya la jem..time org balik ofis.+ plak dgn hujan gerimis..dgn penuh keberanianku..mencelah-celah..huh org tengok ganas jugak ku bawa..bawa dlm takut..dgn penuh berhati2..Apa pun ku Bersyukur aku selamat..

Esoknya aku balik Putrajya..tumpang dgn sepupuku yg baik hati..dia dan abgnya..siannya tengok mereka memandu..terpaksa bergilir aku nak tolong pon xboleh sebab xreti drive..syukran ya buat teri &Mi tumpangkan aku..semoga Allah membalas jasa baik kalian..

20&21.3.2010
Hujung minggu ku penuh lagi.kali ni..gi blajo kereta..kali ni sakit habis kaki dn tangan sebab silap gerak..Esoknya..gi berkelah bersama kwn2 ofis..kebiasaannya..buat makan2 dlm ofis saja..tapi kali nak ubah angin..berkelah lah di Ulu Yam..Seawal 8.30pg tolak dr putrajaya..yg lain tu dri kajang.gombak.selayang.teluk intan. Kenangan begitu banyak..keadaan pemilihan tempat yg salah sepatutnya P2..tapi kitorg pergi P3 jadi mencabar la skit tempatnya yer..tapi sayang leader kami xdpt pergi skali.kerna mak tunangnya kembali kerahmatullah pada malamnya..Al-Fatihah buat almarhumah semoga rohnya dicucuri rahmat dn dtempatkan bersama dgn org yg beriman..Amin.

Sampai jer tempat ni..mak ai tingginya tempat dia..kita terpaksa turun kebawah..lupa plak nak bilang anak tangga..ada plak titi gayut..sampai jer siap makanan terus makan, almaklumlah ada yang belum sarapan..and sedia makanan utk makan...antara menu yg dibakar..adalh..kambing,ayam,sosej,udang. sedapnyer mereka bakar..dan resepi yg kak hani buat....eemmm sedap sehingga menjilat jari..
Alang2 dtg rugi kalau xmandikn...apa lagi turunlah mandi dgn anak2 kecil..sofea,laila,iqa,dan si kembar hamzi &zufayri,letih mandi..naik makan..makan kenyang..turun mandi bali.sampai sepuas2nya..tiba2 awan sudah menjadi gelap..hari nak hujan dgn kelam kabut mengemaslah..sepantasnya..tiba2 hujan turun dgn lebat..xsempat nak naik..dlm hujan ku and rombongan meredah hujan utk menaiki tang yg tinggi dgn pantasnya..rasa brpa minit ja..kalau xhujan confirm setegah jam..keadaan pakaian yg kering menjadi kuyup semuanya...
3.30ptg kitorg semua pulang ke destinasi masing2 and singgah sebentar rumah kak hani utk hantar barangnya..Kol5 bertolak ke Putrajaya..
Esoknya pergi ofis seperti biasa..semuanya berjalan capik..sakit kaki...sama2 harungi..sama2 sakit..Apa pun best..percutian kali ini..
menu bihun,sandwich,tembikai,limau,epal,kuih,

kambing,udang

ayam,sosej

penulis bersama dgn putera kupu2nya..
perenang tegar...kiri.k.na,k.azwa,aisyah
iqa anak k.lily apa yg kelakar penulis xtahu
ni lah tangga....kat bawah tu ada tangga lagi dan titi gayut..aisyah xder org pimpin ker
si kembar...kiri abg(hamzi),adik(zufayri)
lah..tukar shif ker...
ala sukanyer adik ni...aunty wat gapo tuh
abg ni kenapa muka..dgn mamanya
tudia ..perenang tegar..bakar ayam...
mengisi perut setelah bertungkus lumus menbakar...
la..jadi baby sitter plak..
sedapnya susu ni..and best tido......dibawah pokok...tq yer..org yg pegang botol tuh..

putera&puteri yng mengharungi air terjun dan air hujan
awat yang kambing tuh jadi hitam..
mengisi perut..ukhwah.nasi lemak sebungkus..kongsi 5 org..sukanya laila dpt makan limau..

menyediakn makanan..kiri aida,k.na.penulis,noniey
menghidupkn bara...susah benor nak hidupnya..sabor yerk...
kiri k.na,che wan,diri-hsbnd k.zee,hsbnd noni,hsbnd k.azwa and noni...
ala comelnyer princess kak zee ni..kiri adik.laila...kanan kakak.sofea..

Best holiday ni....terima kasih semua..yang menyediakan makanan........menu dia...ayam,kambing,udang,sosej,potato salad,bihun,nasi lemak,kuih,air asam,tembikai,limau,oren,betik,nasi.air sirap..............kak hani next holiday...???????

Thursday, March 18, 2010

TERIMA KASIH IBU AYAH

Terima Kasih Ibu
Terima Kasih Duhai Ayah

Lahirku Ke Dunia
Ku Disambut Penuh Syukur
Bisikan Azan Ke Telinga
Iqamah Kalimah Nan Luhur

Lahirku Ke Dunia
Ku Diasuh Mengenal Allah
Ku Diajar Sebut Nama Nya
Juga Nabi Rasul Mulia

Salam Sayang Ayah Dan Ibu
Mendidikku Tak Pernah Jemu
Halalkanlah Makan Minumku
Maafkanlah Salah Silapku
Tanpa Maaf Dan Juga Restu
Hidupku Jadi Tak Menentu

Tiada Yang Lebih Bernilai
Dari Pengorbanan Yang Suci Itu
Tak Berdaya Aku Membalasnya
Moga Ku Jadi Anak Yang Bertaqwa

Jasamu Oh Ayah Dan Ibu
Akan Ku Kenang Selamanya
Hidup Saling Berkasih Sayang
Membina Keluarga Bahgia

Pada-Mu Allah Aku Berdoa
Pada-Mu Jua Aku Meminta
Rahmati Ibu Ayah Tercinta
Ampunilah Dosa-Dosa Mereka

Panjang Umur Murahkan Rezeki
Sejahtera Dalam Ketaatan
Moga Berbahagia Di Dunia
Di Akhirat Beroleh Syurga

Lirik nasyid ni ku dedikasikan buat Abah yang tercinta yang akan menyambut ulang tahun yang ke-61( 28.3.1949)..Syukran abah kerana mendidik dan melayan kerenah sepanajang 27 tahun dan menjadikan kakcik insan yang berguna...semoga abah dipanjangkan umur agar dapat melihat anakmu ini bahagia...

Wednesday, March 10, 2010

Perbezaan Semut Dengan Manusia

Di zaman Nabi Allah Sulaiman berlaku satu peristiwa, apabila Nabi Allah Sulaiman nampak seekor semut melata di atas batu; lantas Nabi Allah Sulaiman merasa hairan bagaimana semut ini hendak hidup di atas batu yang kering di tengah-tengah padang pasir yang tandus.

Nabi Allah Sulaiman pun bertanya kepada semut: ” Wahai semut apakah engkau yakin ada makanan cukup untuk kamu”.

Semut pun menjawab: “Rezeki di tangan ALLAH, aku percaya rezeki di tangan ALLAH, aku yakin di atas batu kering di padang pasir yang tandus ini ada rezeki untuk ku”.


Lantas Nabi Allah Sulaiman pun bertanya: ”
Wahai semut, berapa banyakkah engkau makan? Apakah yang engkau gemar makan? Dan banyak mana engkau makan dalam sebulan?”

Jawab semut: “Aku makan hanya sekadar sebiji gandum sebulan”.


Nabi Allah Sulaiman pun mencadangkan: “Kalau kamu makan hanya sebiji gandum sebulan tak payah kamu melata di atas batu, aku boleh tolong”.


Nabi Allah Sulaiman pun mengambil satu bekas, dia angkat semut itu dan dimasukkan ke dalam bekas; kemudian Nabi ambil gandum sebiji, dibubuh dalam bekas dan tutup bekas itu. Kemudian Nabi tinggal semut didalam bekas dengan sebiji gandum selama satu bulan.

Bila cukup satu bulan Nabi Allah Sulaiman lihat gandum sebiji tadi hanya dimakan setengah sahaja oleh semut,

lantas Nabi Allah Sulaiman menemplak semut: “Kamu rupanya berbohong pada aku!. Bulan lalu kamu kata kamu makan sebiji gandum sebulan, ini sudah sebulan tapi kamu makan setengah”.


Jawab semut: “Aku tidak berbohong, aku tidak berbohong, kalau aku ada di atas batu aku pasti makan apapun sehingga banyaknya sama seperti sebiji gandum sebulan, kerana makanan itu aku cari sendiri dan rezeki itu datangnya daripada Allah dan Allah tidak pernah lupa padaku. Tetapi bila kamu masukkan aku dalam bekas yang tertutup, rezeki aku bergantung pada kamu dan aku tak percaya kepada kamu, sebab itulah aku makan setengah sahaja supaya tahan dua bulan. Aku takut kamu lupa”.

Itulah Iman Semut!!
IMAN MANUSIA??

Di zaman Imam Suffian, ada seorang hamba Allah yang kerjanya mengorek kubur orang mati. Kerja korek kubur orang mati bukan kerja orang ganjil. Bila ada orang mati, mayat terpaksa ditanam, oleh itu kubur perlu digali dulu. Tetapi yang ganjil mengenai hamba Allah ini ialah dia tidak gali kubur untuk tanam mayat.
Sebaliknya apabila orang mati sudah ditanam, waris sudah lama balik kerumah dan Munkar Nakir sudah menyoal, barulah penggali ini datang ke kubur untuk korek balik. Dia nak tengok macam mana rupa mayat setelah di INTERVIEW oleh Munkar Nakir. Dia korek 1 kubur, 2 kubur, 3 kubur, 10 kubur, 50 kubur sampai 100 kubur.

Lepas itu, penggali pergi kepada Imam Suffian dan bertanya kepadanya: “Ya Imam, kenapakah daripada 100kubur orang Islam yang aku gali, dua sahaja yang mana mayat di dalamnya masih berhadap kiblat. Yang 98 lagi sudah beralih ke belakang?”.

Jawab Imam Suffian:” Diakhir zaman hanya 2 dari 100 umat Islam yang percaya rezeki itu di tangan Allah. 98 orang lagi tidak percaya bahawa rezeki di tangan Tuhan”. Itulah sebabnya apabila umat Islam tertekan dengan SOGOKAN duit yang banyak, biasanya, iman dia akan beralih. Nyatalah iman semut lebih kuat dari iman manusia.

Kata Saidina Ali kepada Kamil: ” ILMU ITU LEBIH BAIK DARIPADA HARTA, ILMU MENJAGA ENGKAU DAN ENGKAU MENJAGA HARTA, ILMU MENJADI HAKIM, HARTA DIHAKIMKAN, HARTA BERKURANGAN APABILA DIBELANJAKAN DAN ILMU BERTAMBAH APABILA DIBELANJAKAN” .

Monday, March 8, 2010

JANGAN BANGGA DENGAN KUASA YANG ADA

08 Mac, 2010 15:06 PM

Jangan Bangga Dengan Kuasa Yang Ada , Titah Sultan Kedah

ALOR SETAR, 8 Mac (Bernama) -- Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah Isnin bertitah mengingatkan umat Islam khususnya golongan pemimpin agar tidak berbangga dengan kuasa yang dimiliki.

Ini kerana titah baginda, kuasa adalah amanah daripada Allah S.W.T yang mesti dilaksanakan dengan penuh keikhlasan.

"Agama Islam yang dibawa oleh Rasulullah S.A.W terdiri daripada prinsip-prinsip yang jelas dan luhur, tidak terdapat helah dan tipu daya, dan apa yang menjadi dasarnya ialah untuk mendatangkan kebaikan kepada setiap manusia," titah baginda pada majlis sambutan Maulidur Rasul peringkat negeri di sini.

Baginda bertitah umat Islam mesti mencontohi Rasulullah S.A.W yang telah membawa konsep kesejahteraan sejagat.

Kemunculan agama Islam bertujuan mengeluarkan manusia dari kejahilan dan membawa ke jalan kebenaran, semata-mata untuk membetulkan akidah dan pembangunan moral serta memberi garis panduan tertentu untuk membina masyarakat yang kukuh dan saling membantu sesama manusia, titah baginda.

Pada majlis berkenaan Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah turut menyampaikan anugerah Tokoh Maulidur Rasul dan Tokoh Imam yang masing-masing diterima oleh pengasas Madrasah Irsydiah Islamiah, Zakaria Ismail,73, dan Abdul Samad Abdul Hamid, 81.

Zakaria dari Jeneri, Sik diiktiraf atas jasa-jasa beliau dalam pendidikan sekolah pondok menerusi penubuhan madrasah itu pada 1974 sementara Abdul Samad pula diiktiraf di atas sumbangan beliau sebagai imam Masjid Kampung Sena, Tobiar, sejak 39 tahun lepas.

-- BERNAMA

CEMERLANG DENGAN MENGUASAI DUA AYAT.


Oleh Dr. Danial bin Zainal Abidin

Ilmu merupakan pintu gerbang kepada segala kebaikan. Dalam konteks ini al-Quran menekankan tentang kepentingan menguasai dua ayat. Penguasaan dua ayat bermaksud menguasai, pertamanya, ayat-ayat al-Quran dan, keduanya, ayat-ayat Allah yang tersembunyi di alam semesta. Ayat dalam bahasa Arab mempunyai dua maksud, seperti yang disebutkan dalam Hans Wehr: A Dictionary Of Modern Written Arabic. Pertama, ia bermaksud “verses of the Quran” atau ayat-ayat Quran, dan kedua, ia bermaksud “sign” atau tanda dan bukti.

Penguasaan ayat-ayat al-Quran adalah penting untuk mencapai kecemerlangan di dunia dan akhirat. Melalui al-Quran manusia mengenali tujuan hidup dan cara hidup. Allah berfirman dalam surah an-Nahl ayat 89, “Dan Kami telah menurunkan kepadamu sebuah Kitab yang menjelaskan tentang setiap perkara (di samping itu) ia merupakan petunjuk serta rahmat dan berita gembira bagi mereka yang Muslim.”

Menguasai Ayat-ayat Al-Quran

Menguasai al-Quran bermula dengan mempertingkatkan kemampuan seseorang agar dia mampu membaca al-Quran dengan baik. Berhubung dengan ini Allah berfirman dalam surah al-Ankabut ayat 45, “Bacalah apa yang telah diwahyukan kepadamu daripada al-Kitab (al-Quran)..” Dalam surah Fatir ayat 29-30 pula Allah berfirman, “Sesungguhnya orang-orang yang selalu membaca Kitab Allah dan mendirikan solat serta mendermakan sebahagian daripada apa yang Kami kurniakan secara bersembunyi atau terang-terangan, mereka mengharapkan sejenis perniagaan yang tidak akan mengalami kerugian. Supaya (dengan itu) Allah menyempurnakan pahala mereka dan menambahkan kepada mereka kurniaannya. Allah Maha Pengampun lagi sentiasa membalas sebaik-baiknya.”


Kemampuan membaca al-Quran dengan baik ini perlu disusuli dengan usaha untuk memahaminya secara yang betul. Inilah yang diperintahkan Allah dalam surah an-Nisak ayat 82 yang bermaksud, “Apakah mereka tidak tadabur Al-Quran? Sekiranya al-Quran itu bukan dari sisi Allah tentulah mereka akan mendapati percanggahan yang banyak di dalamnya.”

Berhubung dengan ayat ini, Imam Ibn Kathir di dalam Tafsir al-Quran al-Azim berkata, “Allah mengarahkan mereka agar mengamati isi-isi al-Quran dan melarang mereka dari berpaling daripadanya. Allah juga mengarah mereka agar memahami maksud ayat-ayat al-Quran yang begitu halus lafaznya serta dipenuhi kebijaksanaan”.

Kefahaman yang betul pula perlu disusuli dengan penghayatan yang mantap. Hal ini Allah sebutkan dalam surah al-Baqarah ayat 121 yang bermaksud, “Dan mereka yang telah Kami berikan Kitab kemudian mereka membacanya dengan bacaan yang sebenarnya, mereka itulah yang beriman dengannya. Barang siapa yang ingkar terhadapnya mereka itulah orang-orang yang rugi.”

Berhubung dengan kalimat ‘membaca Kitab dengan bacaan yang sebenarnya’ yang terdapat dalam ayat ini, sahabat Abdullah ibn Masud berkata, “Demi Allah, maksud membaca Kitab dengan bacaan yang sebenarnya ialah menghalalkan apa yang dihalalkannya, mengharamkan apa yang diharamkannya, membaca seperti mana ia diturunkan Allah, tidak mengubah kalam Tuhan dari tempatnya dan tidak mentakwilkan ayat-ayatnya secara yang tidak betul.” Hal ini disebutkan dalam al-Asas fit Tafsir oleh as-Syeikh Said Hawa.

Hanya selepas al-Quran difahami dan dihayati sahaja iman umat Islam akan meningkat sekali gus mencapai kecemerlangan. Inilah yang dijanjikan Allah dalam surah al-Israk ayat 9 yang bermaksud, “Sesungguhnya al-Quran ini memberi petunjuk kepada jalan yang aqwam dan memberi khabar gembira kepada orang-orang mukmin yang mengerjakan amal salih bahawa bagi mereka ada pahala yang besar.”

Ayat ini menjelaskan bahawa al-Quran ialah petunjuk yang akan membawa manusia kepada sesuatu yang aqwam. Apakah maksud aqwam? Dalam al-Jamik li Ahkamil Quran, Imam Qartubi berkata, “Kalimat aqwam bermaksud jalan yang paling benar, paling adil dan paling tepat”. Justeru mereka yang membaca, memahami, menghayati serta menjadikan al-Quran sebagai sumber rujukan, kesejahteraan dan kecemerlangan sedang menanti mereka kerana kehidupan mereka disuluhi oleh formula yang “paling benar, paling adil dan paling tepat.”

Menguasai Ayat-ayat Alam

Seperti yang disebutkan sebelum ini, salah satu maksud bagi kalimat ayat dalam bahasa Arab ialah tanda atau bukti. Justeru, selepas penguasaan ayat al-Quran, ayat kedua yang perlu dikuasai ialah ayat-ayat yang tersembunyi di alam semesta. Ayat-ayat ini merupakan tanda serta bukti tentang kekuasaan Allah yang tersembunyi di alam semesta. Untuk mencapai tujuan ini umat Islam perlu mengkaji alam ini secara sistematik. Inilah yang tersirat di sebalik firman Allah yang terdapat dalam surah al-Ghasyiah ayat 17-20 yang bermaksud, “Apakah mereka tidak melihat kepada unta bagaimana ianya diciptakan. Dan langit bagaimana ia ditinggikan. Dan gunung-ganang bagaimana ia ditegakkan. Dan bumi bagaimana ia dihamparkan.”

Pengkajian tentang rahsia-rahsia alam memerlukan akal yang tajam lagi kritis. Berhubung dengan ini dalam surah al-Mukminun ayat 80 Allah berfirman, “Dialah yang menghidupkan dan mematikan, dan Dialah yang (mengatur) pertukaran malam dan siang. Apakah kamu tidak berfikir tentangnya?”

Ilmu yang diperoleh daripada kajian-kajian ini mampu melahirkan pengagungan terhadap Allah sekali gus meningkatkan pengabdian kepadanya. Berhubung dengan ini, Imam Ibn Kathir dalam kitab Tafsir Al-Quran Al-Azim berkata, “Sebahagian ulama berpendapat, sesiapa yang mengamati langit yang luas dengan bintang-bintang, bulan dan matahari yang beredar di atas paksinya tanpa henti, kemudian memerhatikan laut yang mengelilingi tanah daratan, kemudian memerhatikan bumi serta gunung ganang yang terpancang di atasnya, kemudian memerhatikan sungai yang mengalir… di samping pelbagai jenis haiwan serta tumbuh-tumbuhan, akan memperoleh bukti tentang kewujudan Tuhan Yang Maha Pencipta lagi Maha Agung dan Maha Bijaksana.”

Ulul Albab

Justeru, golongan pengkaji dimuliakan Allah dan Dia menggelar mereka sebagai ulul albab. Dalam surah Ali-Imran ayat 190-191 Allah berfirman, “Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda-tanda bagi ulul albab. (Iaitu) orang-orang yang mengingati Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadaan berbaring dan mereka banyak berfikir tentang penciptaan langit dan bumi seraya berkata, ‘Wahai Tuhan kami Kamu tidak menciptakan ini dengan sia-sia. Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami daripada seksa neraka’.”

Ulul albab ialah golongan yang menggunakan akal dengan sempurna untuk mengkaji sehingga mampu meletakkan segala perkara pada perspektifnya yang betul. Mereka mementingkan zikir dan fikir. Dalam konteks fikir, mereka suka mengkaji fenomena-fenomena yang berkaitan dengan kejadian alam. Pada hari ini para saintis yang bertakwa kepada Allah boleh dikategorikan sebagai golongan ulul albab.

Hasil Nukilan :

Dr. Danial Zainal Abidin
dzcsyifa@streamyx.com
http://danialzainalabidin.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...