Thursday, March 18, 2010

TERIMA KASIH IBU AYAH

Terima Kasih Ibu
Terima Kasih Duhai Ayah

Lahirku Ke Dunia
Ku Disambut Penuh Syukur
Bisikan Azan Ke Telinga
Iqamah Kalimah Nan Luhur

Lahirku Ke Dunia
Ku Diasuh Mengenal Allah
Ku Diajar Sebut Nama Nya
Juga Nabi Rasul Mulia

Salam Sayang Ayah Dan Ibu
Mendidikku Tak Pernah Jemu
Halalkanlah Makan Minumku
Maafkanlah Salah Silapku
Tanpa Maaf Dan Juga Restu
Hidupku Jadi Tak Menentu

Tiada Yang Lebih Bernilai
Dari Pengorbanan Yang Suci Itu
Tak Berdaya Aku Membalasnya
Moga Ku Jadi Anak Yang Bertaqwa

Jasamu Oh Ayah Dan Ibu
Akan Ku Kenang Selamanya
Hidup Saling Berkasih Sayang
Membina Keluarga Bahgia

Pada-Mu Allah Aku Berdoa
Pada-Mu Jua Aku Meminta
Rahmati Ibu Ayah Tercinta
Ampunilah Dosa-Dosa Mereka

Panjang Umur Murahkan Rezeki
Sejahtera Dalam Ketaatan
Moga Berbahagia Di Dunia
Di Akhirat Beroleh Syurga

Lirik nasyid ni ku dedikasikan buat Abah yang tercinta yang akan menyambut ulang tahun yang ke-61( 28.3.1949)..Syukran abah kerana mendidik dan melayan kerenah sepanajang 27 tahun dan menjadikan kakcik insan yang berguna...semoga abah dipanjangkan umur agar dapat melihat anakmu ini bahagia...

2 comments:

  1. Salam, Ma'azah.

    BismillahirRahmanirRahim.

    In The Name Of Allah.

    Satu intonasi yang berkesan untuk sanubari, bagi yang mengenal erti kasih dan sayangnya terhadap Ibubapa. Anak yang soleh dan solehah adalah yang senantiasa mengenal dan mengigati ibubapanya setiap saat dan ketika. Iringilah doa dan kebajikan yang berterusan selagi kita mempunyainya. Hargailah apa jua pengorbanannya, walaupun sedebu keringat.

    Semoga saudari dan seluruh keluarga saudari dirahmati dan dikasihi Allah SWT di dunia dan di akhirat. Amin.

    ReplyDelete
  2. awat xnampak tulisan ..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...