Wednesday, January 16, 2013

Allah Sayang Kepada Hambanya Yang Penyayang..

Kadang kala Allah hantar seekor kucing untuk menguji kita sama ada kita sayang atau tidak terhadap rezeki Allah. Rezeki tersebut mungkin adalah kucing tersebut atau makanan atau kasih sayang dan perhatian..
Kucing itu tadak:
  • meminta ikan segar.
  • meminta ikan yang digoreng.
  • meminta pinggan yang cantik dan elok ketika makan.
  • meminta air untuk membasuh mulut.
  • meminta untuk dilapkan mulutnya.
Kucing itu hanya meminta simpati manusia untuk diberikan sisa makanan yang tidak dihabiskan. Tetapi, mengapa kita tetap tidak mahu beri sisa makanan kita kepada kucing itu? Bersama-sama mengingatkan diri sendiri, bersyukurlah kerana rezeki sedikit yang diperolehi, berkongsilah dengan sesiapa sahaja termasuk makhluk Allah yang comel, iaitu kucing. Kelk kita akan mendapat rezeki yang lebih daripada Allah. InsyaAllah..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...