Tuesday, April 20, 2010

WASIAT NABI JUNJUNGAN KPD SAIDINA ALI R.A

Assalamualaikum.segala puji bagi Allah yang menjadikan sekelian alam ini dan selawat keatas Rasul Junjungan Nabi Muhammad s.a.w serta ahli saudara baginda, kepada para sahabat tabiin, dan umat Islam dimuka bumi ini.

Wahai Ali, Bagi orang mukmin ada 3 tanda-tandanya
1) Tidak terpaut hatinya pada harta benda dunia
2) Tidak terpesona dengan pujuk rayu wanita
3) Benci terhadap perbualan dan perkataan sia-sia

Wahai Ali, Bagi orang alim itu ada 3 tanda-tandanya
1) Jujur dalam berkata-kata
2) Menjauhi segala yang haram
3) Merendahkan diri

Wahai Ali, Bagi orang yang takwa itu ada 3 tanda-tandanya
1) Takut berlaku dusta dan keji
2) Menjauhi kejahatan
3) Memohon yang halal kerana takut jatuh dalam keharaman

Wahai Ali, Bagi orang yang jujur itu ada 3 tanda-tandanya
1) Merahsiakan ibadahnya
2) Merahsiakan sedekahnya
3) Merahsiakan ujian yang menimpanya

Wahai Ali, Bagi ahli ibadah itu ada 3 tanda-tandanya
1) Mengawasi dirinya
2) Menghisab dirinya
3) Memperbanyakkan ibadah kepada ALLAH s.w.t

Ya Allah ampunilah dosa-dosa kami dan jauhilah kami dari sifat yang dikeji..Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun..Amin2 Ya Rabbal A'lamin.

1 comment:

  1. salam,

    Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

    Satu bentuk peringatan ibrah buat semua insan, penekanannya di sini, ia melibatkan kezuhudan diri terhadap Allah SWT. Peringatan ini juga adalah satu amanat buat semua insan dan semua umat Nabi SAW, agar mempertingkatkan lagi keimanan dan ketakwaan terhadap Allah SWT.

    Firman Allah SWT.
    "Dan bandingan Kalimah yang jahat dan buruk samalah seperti sebatang pohon yang tidak berguna yang mudah tercabut akar-akarnya dari muka bumi; tidak ada tapak baginya untuk tetap hidup." (Surah Ibrahim - Ayat 26)

    Ayat ini adalah merupakan satu peringatan buat kita semua tentang sifat-sifat yang Allah SWT gambarkan kepada kita berkenaan dengan keburukan seseorang (tidak beriman) terhadap Allah SWT.

    Manakala dalam surah yang sama juga iaitu selepas ayat ini, Allah SWT gambarkan terhadap manusia tentang bagaimana sifat-sifat orang-orang yang bertakwa dan beriman terhadap Allah SWT.

    Firman Allah SWT :
    "Allah menetapkan (pendirian) orang-orang yang beriman dengan kalimah yang tetap teguh dalam kehidupan dunia dan akhirat; dan Allah menyesatkan orang-orang yang berlaku zalim (kepada diri mereka sendiri); dan Allah berkuasa melakukan apa yang dikehendakiNya." (Surah Ibrahim - Ayat 27).

    Ini adalah gambaran sebenar yang Allah SWT tunjukkan kepada manusia, agar manusia celik dan faham akan hakikat sebenar orang-orang yang beriman. Semoga kita semua mengambilnya sebagai ikhtibar yang berguna untuk memacu iman dan takwa kita terhadap Allah SWT. WaAllahu a'lam.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...