Thursday, November 15, 2012

Kenang Kembali...

Assalamualaikum...

Tetiba teringat saat indah pergi bercuti kat Pahang...Pantai Cherating...tapi sebelum sampai cherating...singgah la dulu kat Bukit Tinggi....mencabar jugak la bawa keta nek bukit Tinggi ni ..dengan sakit kepalanya..jalan bengkang bengkok....fuhhhh..mencabar...haha kat sini sempat la jugak snap gambor beberapa keping...tapi gambar kat cherating xder...xdan nak ambik kat kamera adik2 kesayanganku......disini ku tinggalkan beberapa keping..gambar..
jika ada kelapangan jom kita pi bercuti lagi...........tapi kena ada kamera dulu ..kamera tu telah rosak... (sadis ku..terkubur hobi ku..mek gambar
 Rayyan

 Sebahagian Familyku



Iyyad..Hero Malaya
 Buat perancangan baru...next destinasi...Round the Langkawi Island....................

Monday, November 5, 2012

Saat Akhir Persekolahan

Assalamualaikum......
Sahabat n teman2ku yg disayangi..
Hari ni line clear sikit...ada la..aku nak mencoret,menconteng di laman ku yang dah sropa lalang..
Sedar tak sedar dah penghujung persekolahan bagi tahun 2012. Rupanya hampir 9 bulan ku menjadi pendidik kepada anak2 putrajya. Alhamdulillah ku bahagia dengan pekerjaan ku ni..disamping mendidik anak2 dalam menuntut ilmu akhirat ia juga dapat membantu diriku yang sangat lemah ini dalam bidang ilmu agama. Ku bersyukur aku di pertemukan dengan kerja ini. InsyaAllah..aku bertekad  dan berusaha untuk membantu diriku menjadi Insan yang lebih baik.
Di penghujung tahun pelbagai tugasan yang perlu diselesaikan dan membuat persiapan hari Ihtifal sekolahku. Segala tugas yg kita lakukan dengan ikhlas InsyaAllah ia tidak membebankan kita malah menjadi satu cabaran yg perlu kita hadapi dengan tenang..ceeewaah..
Tak sabar plak nak balik kg dan cuti panjang..tapi hujung bulan la yer kita balik kg..........
Syukur pada Allah aku sangat gembira dan bahagia berada disini..Ku ingin mencari cinta yang membawaku cinta kepada-Mu Ya Allah....
Okkie kita jumpa lagi..
Assalamualaikum..

Sunday, September 23, 2012

Lamanya Ku tak Coret di sini

Khabar semua..

Lamanya ku tidak mnulis disini..dengan keadaan Internet yg tidak mengizinkan.
 Selamat bertemu kembali....

Thursday, June 28, 2012

Ya Allah, Aku Tak Ingin Sendiri

Ya Allah...
Seandainya telah Engkau catatkan
Dia akan menjadi teman hidupku
Satukanlah hatinya dengan hatiku
Titipkanlah kebahagian di antara kami
Agar kemesraan itu abadi

Dan Ya Allah..
ya Tuhanku yang Maha Mengasihani
Seiringkanlah kami melayari hidup ini
Ke tepian yang sejahtera dan abadi

Tetapi Ya Allah...
Seandainya telah Engkau takdirkan..
..Dia bukan milikku
Bawalah dia jauh dari pandanganku
Luputkanlah dia dari ingatanku
Ambillah kebahagian ketika dia ada di sisiku
Dan peliharalah aku dari kekecewaan

Serta Ya Allah ya Tuhanku yang Maha Mengerti...
Berikanlah aku kekuatan
Melontar bayangannya jauh ke dada langit
Hilang bersama senja nan merah
Agarku dapat berbahagia walaupun tanpa
bersama dengannya

Dan Ya Allah... yang tercinta...
Gantikanlah yang telah hilang
Tumbuhkanlah kembaliyang telah patah
Walaupun tidak sama dengan dirinya...

Ya Allah ya Tuhanku...
Pasrahkanlah aku dengan takdir-Mu
Sesungguhnya apa yang telah Engkau takdirkan
Adalah yang terbaik buatku
Kerana Engkau Maha Mengetahui
Segala yang terbaik buat hamba-Mu ini

Ya Allah...
Cukuplah Engkau saja yang menjadi pemeliharaku
Di dunia dan di akhirat
Dengarlah rintihan dari hamba-Mu yang daif ini
Jangan Engkau biarkan aku sendirian
Di dunia ini mahupun di akhirat
Menjuruskan aku ke arah kemaksiatan dan kemungkaran
Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman
Supaya aku dan dia dapat membina kesejahteraan hidup
Ke jalan yang Engkau redhai
Dan kurniakanlah padaku keturunan yang soleh
Amin... Ya Rabbal 'Alamin

(copypaste dari Buku Ya Allah, Aku tak ingin Sendiri)

Wednesday, April 11, 2012

DAULAT TUANKU


SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG
ALMU’TASIMU BILLAHI MUHIBBUDDIN TUANKU ALHAJ ABDUL
HALIM MU’ADZAM SHAH IBNI ALMARHUM SULTAN BADLISHAH

bersempena dengan

Pertabalan Seri Paduka Baginda
Yang di-Pertuan Agong yang ke-14

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...