Assalamualaikum......
Sahabat n teman2ku yg disayangi..
Hari ni line clear sikit...ada la..aku nak mencoret,menconteng di laman ku yang dah sropa lalang..
Sedar tak sedar dah penghujung persekolahan bagi tahun 2012. Rupanya hampir 9 bulan ku menjadi pendidik kepada anak2 putrajya. Alhamdulillah ku bahagia dengan pekerjaan ku ni..disamping mendidik anak2 dalam menuntut ilmu akhirat ia juga dapat membantu diriku yang sangat lemah ini dalam bidang ilmu agama. Ku bersyukur aku di pertemukan dengan kerja ini. InsyaAllah..aku bertekad dan berusaha untuk membantu diriku menjadi Insan yang lebih baik.
Di penghujung tahun pelbagai tugasan yang perlu diselesaikan dan membuat persiapan hari Ihtifal sekolahku. Segala tugas yg kita lakukan dengan ikhlas InsyaAllah ia tidak membebankan kita malah menjadi satu cabaran yg perlu kita hadapi dengan tenang..ceeewaah..
Tak sabar plak nak balik kg dan cuti panjang..tapi hujung bulan la yer kita balik kg..........
Syukur pada Allah aku sangat gembira dan bahagia berada disini..Ku ingin mencari cinta yang membawaku cinta kepada-Mu Ya Allah....
Okkie kita jumpa lagi..
Assalamualaikum..
Monday, November 5, 2012
Sunday, September 23, 2012
Lamanya Ku tak Coret di sini
Khabar semua..
Lamanya ku tidak mnulis disini..dengan keadaan Internet yg tidak mengizinkan.
Selamat bertemu kembali....
Lamanya ku tidak mnulis disini..dengan keadaan Internet yg tidak mengizinkan.
Selamat bertemu kembali....
Thursday, June 28, 2012
Ya Allah, Aku Tak Ingin Sendiri
Ya Allah...
Seandainya telah Engkau catatkan
Dia akan menjadi teman hidupku
Satukanlah hatinya dengan hatiku
Titipkanlah kebahagian di antara kami
Agar kemesraan itu abadi
Dan Ya Allah..
ya Tuhanku yang Maha Mengasihani
Seiringkanlah kami melayari hidup ini
Ke tepian yang sejahtera dan abadi
Tetapi Ya Allah...
Seandainya telah Engkau takdirkan..
..Dia bukan milikku
Bawalah dia jauh dari pandanganku
Luputkanlah dia dari ingatanku
Ambillah kebahagian ketika dia ada di sisiku
Dan peliharalah aku dari kekecewaan
Serta Ya Allah ya Tuhanku yang Maha Mengerti...
Berikanlah aku kekuatan
Melontar bayangannya jauh ke dada langit
Hilang bersama senja nan merah
Agarku dapat berbahagia walaupun tanpa
bersama dengannya
Dan Ya Allah... yang tercinta...
Gantikanlah yang telah hilang
Tumbuhkanlah kembaliyang telah patah
Walaupun tidak sama dengan dirinya...
Ya Allah ya Tuhanku...
Pasrahkanlah aku dengan takdir-Mu
Sesungguhnya apa yang telah Engkau takdirkan
Adalah yang terbaik buatku
Kerana Engkau Maha Mengetahui
Segala yang terbaik buat hamba-Mu ini
Ya Allah...
Cukuplah Engkau saja yang menjadi pemeliharaku
Di dunia dan di akhirat
Dengarlah rintihan dari hamba-Mu yang daif ini
Jangan Engkau biarkan aku sendirian
Di dunia ini mahupun di akhirat
Menjuruskan aku ke arah kemaksiatan dan kemungkaran
Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman
Supaya aku dan dia dapat membina kesejahteraan hidup
Ke jalan yang Engkau redhai
Dan kurniakanlah padaku keturunan yang soleh
Amin... Ya Rabbal 'Alamin
(copypaste dari Buku Ya Allah, Aku tak ingin Sendiri)
Labels:
Himpunan Doa,
Puisi Kreatif
Wednesday, April 11, 2012
DAULAT TUANKU
SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG
ALMU’TASIMU BILLAHI MUHIBBUDDIN TUANKU ALHAJ ABDUL
HALIM MU’ADZAM SHAH IBNI ALMARHUM SULTAN BADLISHAH
bersempena dengan
Pertabalan Seri Paduka Baginda
Yang di-Pertuan Agong yang ke-14
Thursday, March 8, 2012
Janji Seorang Sufi
Adalah diceritakan, ada seorang soleh yang pandangannya hanya kepada akhirat dan keindahan syurga, sehingga dia berjanji kepada Allah untuk tidak akan melihat lagi keindahan duniawi agar tidak merasa tertarik padanya.
Pada suatu hari, ketika dalam satu perjalanan, dia lalu di sebuah pasar, tempat membeli belah dan secara tidak sengaja terlihat sebuah tali pinggang yang tergantung di sebuah kedai. Mungkin tali pinggang itu sangat cantik sehingga terlupa akan janjinya kepada Allah, maka dia memandangnya dengan agak lama. Dia terlalai.
Tuan punya kedai mengetahui bahawa ada seorang lelaki melihat barang jualannya, tetapi tidak mahu membelinya. Lalu dia menoleh pada barangan jualannya, ternyata dengan takdir Allah, tali pinggang ghaib pada pandangannya.
Pada suatu hari, ketika dalam satu perjalanan, dia lalu di sebuah pasar, tempat membeli belah dan secara tidak sengaja terlihat sebuah tali pinggang yang tergantung di sebuah kedai. Mungkin tali pinggang itu sangat cantik sehingga terlupa akan janjinya kepada Allah, maka dia memandangnya dengan agak lama. Dia terlalai.
Tuan punya kedai mengetahui bahawa ada seorang lelaki melihat barang jualannya, tetapi tidak mahu membelinya. Lalu dia menoleh pada barangan jualannya, ternyata dengan takdir Allah, tali pinggang ghaib pada pandangannya.
Subscribe to:
Posts (Atom)

