Wednesday, January 16, 2013

Allah Sayang Kepada Hambanya Yang Penyayang..

Kadang kala Allah hantar seekor kucing untuk menguji kita sama ada kita sayang atau tidak terhadap rezeki Allah. Rezeki tersebut mungkin adalah kucing tersebut atau makanan atau kasih sayang dan perhatian..
Kucing itu tadak:
  • meminta ikan segar.
  • meminta ikan yang digoreng.
  • meminta pinggan yang cantik dan elok ketika makan.
  • meminta air untuk membasuh mulut.
  • meminta untuk dilapkan mulutnya.
Kucing itu hanya meminta simpati manusia untuk diberikan sisa makanan yang tidak dihabiskan. Tetapi, mengapa kita tetap tidak mahu beri sisa makanan kita kepada kucing itu? Bersama-sama mengingatkan diri sendiri, bersyukurlah kerana rezeki sedikit yang diperolehi, berkongsilah dengan sesiapa sahaja termasuk makhluk Allah yang comel, iaitu kucing. Kelk kita akan mendapat rezeki yang lebih daripada Allah. InsyaAllah..

Monday, December 31, 2012

Putrajaya Aku Datang 2013.

Assalamualaikum..

Alhamdulillah aku selamat sampai di putrajaya petang tadi..erm..setelah sebulan bercuti dikampung halamn ku yang indah dan nyaman dengan angin timurnya..sejuk sekali dengan tiupan angin disiang hari..
Agak pening sikit kepala ni memandangkan seharian dalam pemanduan dalam aircond..sbb sepanjang perjalananku dari kampung ke putrajaya hujan turun membasahi bumi Allah..

Buat kak wadah n abg wan tahniah dengan kehadiran cahaya mata kedua seorang puteri semoga menjadi mujahidah solehah. tidak sempat ku melihat memandang bayi tidak dibenarkan keluar lagi..tapi bulan depan kita balik tengok..tunggu yer..Kelahiran bayi baru ni merupakan cucu ke-6 mak n abah..anak sedaraku ke-6..dah ramai yer anak sedara ku..

2. Januari 2013..kembali kesekolah...dengan kehadiran pelajar baru dan pelajar lama..comel2 pelajar datang ke sekolah dengan semangat yang baru.....

Selamat tahun baru 2013..ada azam baru ke..?..hari-hari ada azam baru...jangan tunggu awal tahun jer ada azam baru....Harapanku..Majulah diriku untuk semua...smile  

Jumpa di lain waktu....

Assalamualaikum...wbr..

Monday, December 24, 2012

Hari Ini Dalam Sejarah 21.12.2012

Assalamualaikum wbr.
ku bersyukur padamu ya Allah..dengan hadiah yang Engkau berikan kepada ku pada ulang tahun kelahiranku yg sangat bermakna..Hadiah yang sungguh indah..untuk menemani hidupku, untuk bersamaku mencari cinta Mu Ya Allah.. Pada hari ini adalah hari yang aku tidak percaya berlaku dalam hidupku.. Segala perasaan ada saat aku disarungkan cincin pertunangan..Bila berlaku pada diri sendri terasa debarannya..seperti mana org lain rasa..Segalanya sudah ditentukan olehNya..Ku sangat bersyukur ku dipertemukan dengan dia..Dengan izin dan restu keluarga aku mengikat tali pertunangan ini. tanpa restu keluarga..kehidupan tidak bahagia..Mudah-mudahan  segalanya selamat hingga tibanya hari ijab dan kabul..permudahkanlah segala urusan hambu-Mu yang lemah ini..Amiin. Dikesempatan ini ku ucapkan kepada semua ahli keluargaku terutama sekali abah, mak, k.wadah, a.wan, a.muaz, k.jihan, shakur, keenah, mashhur, mydin,mazidah, masilah, adik manjaku Mahfuz dan anak sedara yg menceriakan majlis, org kampung,sedara dari Pendang serta bakal familyku yang banyak menolong menjayakan majlis pertunanganku. Terima kasih banyak2. 


  anak sedara Imtisal
 Adik manjaku Mahfuz
 Hantaran Pihak Lelaki 
 Kuih tradisional (kuih beras) ciptaan Bonda tersayang




Hantaran dari pihak perempuan

Geramnyeeer dia..anak buah (Irham,7bulan)

Tak pernah terlintas dibenakku
saat pertama lamaranmu
sesuatau yang indah tumbuh dalam gundah
harum dan merekah

Tulus hatimu buka mataku
tegar jiwamu hapus raguku
membuncah di hati harapan dan suci
menyatukan janji

Bunga-bunga cinta indah bersemi
di antara harap pinta padaNya
Tuhan tautkanlah cinta di hati
berpadu indah dalam mihrab cinta

Membuncah di hati harapan dan suci
dalam Mihrab Cinta

Bertemu kembali di masa akan datang...sayang semua :)
Assalamuaalaikum...

Monday, December 10, 2012

Kasih Kekasih

Tak perlu aku ragui
Sucinya cinta yang kau beri
Kita saling kasih mengasihi
Dengan setulus hati

Ayah ibu merestui
Menyarung cincin di jari
Dengan rahmat dari Ilahi
Cinta kita pun bersemi

Sebelum diijabkabulkan
Syariat tetap membataskan
Pelajari ilmu rumahtangga
Agar kita lebih bersedia
Menuju hari yang bahagia

Kau tahu ku merinduimu
Ku tahu kau menyintaiku...oh...kasih
Bersabarlah sayang
Saat indah kan menjelma jua
Kita akan disatukan
Dengan ikatan pernikahan...oh...kasih
Di sana kita bina
Tugu cinta mahligai bahagia

Semoga cinta kita
Di dalam redha Ilahi
Berdoalah selalu
Moga jodoh berpanjangan

Tuesday, November 20, 2012

Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang

Assalamualaikum...

Khabar semua..wahai pendidik..selamat bercuti yer. tapi walaupun cuti ada sebahagian pendidik ada pelbagai aktiviti..jaga peperiksaan SPM..kursus sana sini..dan macam la lagi..yg xdak apa2 tu bercuti sakan la yer..tapi masa cuti ni jugak la..begitu bayak yer undangan perkahwinan..yang penuh kalender.bulan 11 dan 12..masa ni jugak dapat berkumpul dgn sanak saudara..:)

Haha dah lari tajuk plak..9.11.2012 hari terakhir persekolah..erm malam terakhir ni lah di skolah ku mengadakan Majlis Anugerah cemerlang..sangat meriah...kedatangan ibu bapa sangat menggalakkan..walaupun maghribnya hujan rahmat turun dengan lebatnya.. Ibu bapa tidak patah semangat mengiringi anak2 mereka datang untuk menerima hadiah..Inilah kejayaan anak mereka pada tahun ini..Harap dengan didikan di kelas agama ini dapat anak2 menggunakan apa yang dipelajari sebagai panduan hidup yang penuh cabaran pada masa kini.. ada la beberapa keping gambar sepanjang majlis tersebut


pembukaan majlis dengan bacaan ayat suci Al-Quran oleh pelajar tahun 6 (Akmal
rehat sekejap setelah berminggu ulang alik pi kedai tempahan hadiah

Persembahan perpisahan pelajar tahun 6.

Cabutan bertuah.(sponsor Mydin).disampaikan oleh Tuan hj Adib(Pengerusi Surau)

Tahniah Aina Farhana Tempat 1
Tahniah Sazlin Aiman ke-2
Tahniah Qayyim Irfan tempat ke-3

Sesi bergambar guru-guru KAFA PUTRA sesi 2012...yg xda Laila dan Yati (bersalin)
Akhir sekali aku ucapkan selamat maju jaya kepada semua pelajar-pelajar Kafa Putra..di dunia dan di akhirat.. ingat Dunia A, A Akhirat..
 Assalamualaikum..kita berjumpa lagi di sesi persekolahan Tahun 2013.
----------SELAMAT BERCUTI---------------

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...