Saturday, May 29, 2010

Millatfacebook cabar Facebook

Profesional IT Pakistan cipta web lawan kempen hina nabi, IslamISLAMABAD: Sekumpulan warga Pakistan mencipta laman web baru untuk menghubungkan 1.6 bilion Muslim selepas berang dengan laman Facebook kerana menyiarkan karikatur Nabi Muhammad selain mewujudkan saluran baru melawan propaganda anti-Islam. Kumpulan itu membabitkan enam profesional teknologi maklumat (IT) di pusat budaya dan hiburan Pakistan, Lahore, yang melancarkan laman web www.millatfacebook.com, awal minggu ini.

Ia dilancarkan selepas mahkamah Pakistan mengarahkan sekatan ke atas Facebook sehingga Isnin ini atas bantahan terhadap satu laman Everyone Draw Mohammed Day (Hari Lakar Muhammad) yang menghina Islam.

“Millatfacebook dicipta bagi memenuhi keperluan sosial penduduk Pakistan. Laman untuk Muslim termasuk orang lain yang baik daripada agama lain turut dialu-alukan,” kata laman web itu kepada yang berminat menjadi ahli.
“Kami mahu beritahu ahli Facebook bahawa mereka akan terima padah jika mengganggu kami,” kata Ketua Pegawai Operasi syarikat yang menempatkan laman itu, Usman Zaheer, 24. “Jika ada orang menghina nabi, kami akan jadi lawan mereka dan menyebabkan mereka rugi besar,” katanya yang bermimpi menjadikannya laman sosial terbesar Muslim.
Dikenali dengan singkatan MFB, seperti juga FB bagi Facebook, pengasasnya berkata, pakar IT kini berusaha memasukkan ciri-ciri lain ke dalamnya bagi mencabar pesaing dari California itu. Setiap ahli memiliki ‘dinding’ untuk ulasan sahabat selain mengandungi kemudahan emel, foto, video, ruang sembang dan perbincangan.
Perkataan ‘Millat’ adalah bahasa Urdu yang biasa digunakan untuk merujuk kepada negara. Laman web itu sudah mempunyai 4,300 ahli selepas tiga hari dilancarkan, kebanyakannya warga Pakistan yang boleh berbahasa Inggeris dalam lingkungan usia 20-an. Angka itu jauh lebih kecil daripada keahlian Facebook di Pakistan buat masa ini sebanyak 2.5 juta dan ulasan awal menunjukkan MFB memerlukan lebih banyak masa untuk benar-benar menyaingi FB. Bagaimanapun, Usman gembira dengan hasil awal laman web itu yang sudah menarik penyertaan warga Britain, Bulgaria, Kanada, China, Russia, Emiriyah Arab Bersatu dan Amerika Syarikat. – AFP
sumber:berita harian.....29.5.2010

Saturday, May 15, 2010

Ahli Baru Dalam Family ku..

Assalamualaikum.segala puji bagi Allah yang menjadikan sekelian alam ini dan selawat keatas Rasul Junjungan Nabi Muhammad s.a.w serta ahli saudara baginda, kepada para sahabat tabiin, dan umat Islam dimuka bumi ini..
Lama rasanya ku xmencoret didlm blogku ini..harini sudah 3hari...ku demam...hari ni Alhamdulillah kurang sedikit tinggal sakit kepala yang menyerang..terpaksala menelan ubat..akulah yg paling liat untuk makan ubat....
Khamis lepas 13.5.2010.pastinya keluarga Hj Muhamad n Hjh Satariah gembira dgn kehadiran cucu sulungnya....iaitu anak abang muaz dgn kak jihan..kak jihan bgtau nama baby Imtisal yang bermaksud Taat...eh xsabarnya nak balik tengok..baby...
Imtisal binti Ma'azallah

Monday, May 10, 2010

SELAMAT HARI IBU

IBU

Tiada
Dapat Dinilaikan
Pengorbananmu Selama Ini

Terima Kasih
Oh...Ibu
Kasih Sayang
Cinta Murni

Sejak Kecil
Hingga Kini
Ku Dibelai Dan
Diberi Sinaran

Oh...Ibu
Oh...Dengarlah Ratapanku
Anakmu
Oh...Terima Kasih
Oh...Ibu
Oh...Dengarlah Ratapan Dari Anakmu
Oh...Terima Kasih

Ibu Pesanan Ku Genggam
Ku Semat Segala Ajarannya ... Oh
Tidak Ku Lupa

Erti Kehidupan
Ibu Dikaulah
Yang Tersayang

Akan Hukum
Pegangannya
Tidak Ku Lupa
Suruhan Yang Esa

Tuesday, May 4, 2010

Burung Serindit

Ni la burung2 serindit yg adikku bela..semua 5 ekor..1ekor dh mati. Salah seekor burung ni dh bertelur..cantiknya warna burung dgn pelbagai warna..betapa uniknya ciptaan Allah....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...