menulis "RUMAH banglo dua tingkat. Angin bertiup menyapa balkoni. Panas petang terasa-rasa. Ain menyelak helaian demi helaian novel yang ditatap sejak pukul tiga tadi. Diletakkan sebentar di atas meja. Merehatkan mata. Ain mendepang tangan. Mengeliat. Rambut yang terurai dihembus lembutnya angin.
“Ain, ada surat untuk Ain.”
Ain menjengah ke bawah. Kelibat posmen bermotosikal merah baru sahaja berlalu. Yanti menunjuk-nunjuk sesuatu yang berada di tangannya. Surat untuk akukah?
“Ini untuk cikgu.”
Ain memandang Ipin yang mengunjukkan kepadanya seikat petai.
“Petai?” tanya Ain sambil memerhati Ipin yang kusut-masai. Berkasut selipar, dengan baju sekolah yang sudah kusam.
“Ayah bagi,” jawab anak kecil itu. Tangannya masih menghulur petai yang masih belum diambil Ain.
Saturday, February 25, 2012
Cinta Seindah Langit
Wednesday, February 22, 2012
Minggu Pertamaku
Assalamualaikum..
Rasa lama ku tidak mencoret di atas ruangan ini...sudah macam berlaku..16.2. hari terakhirku bekerja di pejabat..hampir 2 tahun setengah ku bekerja di sana. Pada minggu ini ku kembali bekerja sebagai guru setelah hampir 2 tahun setengah ku meinggalkan kerjaku sebagai guru. Kini ku kembali, setelah pelbagai pengalaman ku perolehi di dalam dua kerjaya ku yg sangat berbeza tetapi kedua-duanya berhubung kait antara satu sama lain.
Untuk membuat keputusan ada juga sedikit sebanyak mendapat tentangan.tapi Alhamdulillah ramai yang merestuinya. Ku bersyukur dan ku gembira dengan kerjaya ku sekarang. Terima kasih kepada semua yang memberi sokongan dan semangat kepada ku bagi meneruskan kerjaya ini. Syukur Alhamdulillah kehadrat Ilahidalam memberi petunjuk kepadaku. Amin Ya Rabbal A'lamin.

Subscribe to:
Posts (Atom)