Friday, November 25, 2011
Thursday, November 17, 2011
Raya Korban 2011
Acara penyembelihan lembu korban yang dibuat secara bergotong royong di rumah aku sebanyak 3 ekor lembu...Lembu yang disembelih oleh Abah.
dah dapat snap sikecil ni sangat susah nak ambil gambar ni..
Dari kiri:Rayyan,Imtisal dan Iyyad wafi
tudia aksi 3sepupu ni haha..masing2 mengelupur nak turun..ni anak sedara aku yang nakal2 kecil sangat mencuitkan hati kami semua apabila bertemu sekali sekala di kampung..
Hari raya yang sangat happy macam kisah pada percutianku kali ini..:)
Thursday, November 10, 2011
SEHARUM KASTURI
Ketika ramai orang bertanya kepada Saidina Abu Bakar: " Kami selalu mencium bau harum kasturi dari tubuhmu sedangkan kamu tidak memakai kasturi. Apakah yang menyebabkan dirimu menjadi seharum kasturi?" Saidina Abu Bakar menjawab," Demi Allah, sudah bertahun aku tidak memakai kasturi tetapi bau harumnya bagaikan sebati dalam diriku. Mereka bertanya bagaimana boleh terjadi hal sedemikian.
Lalu Abu Bakar Al-Miski pun menceritakan peristiwa di sebalik keharuman kasturi itu. Pada suatu hari, ada seorang wanita yang melakukan tipu daya terhadapku sehingga aku masuk ke dalam rumahnya.
Ketika aku berada di dalam rumahnya, dia menutup semua pintu dan jendela rumahnya seraya menggodaku untuk melakukan maksiat. Aku kebingungan dan tidak tahu bagaimana harus melarikan diri. Lantas aku bertanya wanita itu, " Aku ingin ke tandas untuk berhadas".
Lalu wanita tersebut memerintahkan pembantunya untuk menghantarku ke tandas. Sesudah berhadas, aku pun melumuri seluruh badanku dengan kotoran najisku. Kemudian aku kembali kepada wanita tersebut. Wanita tersebut sungguh terkejut dan marah dengan tindakanku dan menyuruh pembantunya mengusirku. Setelah itu, aku pulang ke rumahku dan mandi.
Pada malam harinya, aku bermimpi ada suara berkata kepadaku, "Kamu telah melakukan suatu amalan yang belum pernah dilakukan oleh siapa pun. Sungguh Kami akan mewangikan tubuhmu di dunia dan akhirat". Ketika aku bangun pagi keesokan harinya, aku merasakan tubuhku menyebarkan bau kasturi sehingga ke saat ini ia masih kekal.
Begitulah kisah para sahabat yang takutkan azab Allah s.w.t. Betapa perlunya perasaan takutkan Allah ini terselit dihati umat Islam yang inginkan kebahagiaan ukhrawi.
Wednesday, November 2, 2011
Bukit Cerakah a.k.a Taman Botani S.Alam
Percutian yang dirancang saat akhir..keputusan semua pihak memilih makan angin di bukit cerakah..best tau..Pi masa raya Deepavali..ingat xder org rupanya ramai mak panjang jugak beratur nak beli tiket.. Ni buat kali kedua aku kesana..kali ini aku berpeluang masuk taman empat musim..masa ni musim luruh..aman sekali pi tempat ni. Di puncak taman botani ni ada tempat ternak ikan ikan. Kat sini kita berpeluang bagi ikan2 ni makan..selepas tengok ikan-ikan ni kami sarapan disebuah pondok dekat dgn empangan ni...
ini beratur yang sangat panjang utk beli tiket..
menu yg disponsor oleh ahli rombongan
ini makan buat kali kedua di Taman Tasik shah alam sebelum balik Putarajaya..
SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDIL ADHA...
berhati-hati ketika memandu balik kg..jumpa lagi
Assalamualaikum..
Labels:
Even/Percutian
Thursday, October 20, 2011
Jalan-Jalan Cari Gambar D'Zoo Negara..Part2
anak pak arab ..dapat snap
Jumpa lagi Zoo Negara.....
untuk maklumat lanjut mengenai zoo negara layari laman web tersebut http://www.blogger.com/www.zoonegaramalaysia.my ...next jelajah mengenali alam esok 26/10/2011 di Taman pertanian Negara Shah Alam a.k.a Bukit Cerakah.
Labels:
Even/Percutian
Subscribe to:
Posts (Atom)
