Monday, March 8, 2010

CEMERLANG DENGAN MENGUASAI DUA AYAT.


Oleh Dr. Danial bin Zainal Abidin

Ilmu merupakan pintu gerbang kepada segala kebaikan. Dalam konteks ini al-Quran menekankan tentang kepentingan menguasai dua ayat. Penguasaan dua ayat bermaksud menguasai, pertamanya, ayat-ayat al-Quran dan, keduanya, ayat-ayat Allah yang tersembunyi di alam semesta. Ayat dalam bahasa Arab mempunyai dua maksud, seperti yang disebutkan dalam Hans Wehr: A Dictionary Of Modern Written Arabic. Pertama, ia bermaksud “verses of the Quran” atau ayat-ayat Quran, dan kedua, ia bermaksud “sign” atau tanda dan bukti.

Penguasaan ayat-ayat al-Quran adalah penting untuk mencapai kecemerlangan di dunia dan akhirat. Melalui al-Quran manusia mengenali tujuan hidup dan cara hidup. Allah berfirman dalam surah an-Nahl ayat 89, “Dan Kami telah menurunkan kepadamu sebuah Kitab yang menjelaskan tentang setiap perkara (di samping itu) ia merupakan petunjuk serta rahmat dan berita gembira bagi mereka yang Muslim.”

Menguasai Ayat-ayat Al-Quran

Menguasai al-Quran bermula dengan mempertingkatkan kemampuan seseorang agar dia mampu membaca al-Quran dengan baik. Berhubung dengan ini Allah berfirman dalam surah al-Ankabut ayat 45, “Bacalah apa yang telah diwahyukan kepadamu daripada al-Kitab (al-Quran)..” Dalam surah Fatir ayat 29-30 pula Allah berfirman, “Sesungguhnya orang-orang yang selalu membaca Kitab Allah dan mendirikan solat serta mendermakan sebahagian daripada apa yang Kami kurniakan secara bersembunyi atau terang-terangan, mereka mengharapkan sejenis perniagaan yang tidak akan mengalami kerugian. Supaya (dengan itu) Allah menyempurnakan pahala mereka dan menambahkan kepada mereka kurniaannya. Allah Maha Pengampun lagi sentiasa membalas sebaik-baiknya.”


Kemampuan membaca al-Quran dengan baik ini perlu disusuli dengan usaha untuk memahaminya secara yang betul. Inilah yang diperintahkan Allah dalam surah an-Nisak ayat 82 yang bermaksud, “Apakah mereka tidak tadabur Al-Quran? Sekiranya al-Quran itu bukan dari sisi Allah tentulah mereka akan mendapati percanggahan yang banyak di dalamnya.”

Berhubung dengan ayat ini, Imam Ibn Kathir di dalam Tafsir al-Quran al-Azim berkata, “Allah mengarahkan mereka agar mengamati isi-isi al-Quran dan melarang mereka dari berpaling daripadanya. Allah juga mengarah mereka agar memahami maksud ayat-ayat al-Quran yang begitu halus lafaznya serta dipenuhi kebijaksanaan”.

Kefahaman yang betul pula perlu disusuli dengan penghayatan yang mantap. Hal ini Allah sebutkan dalam surah al-Baqarah ayat 121 yang bermaksud, “Dan mereka yang telah Kami berikan Kitab kemudian mereka membacanya dengan bacaan yang sebenarnya, mereka itulah yang beriman dengannya. Barang siapa yang ingkar terhadapnya mereka itulah orang-orang yang rugi.”

Berhubung dengan kalimat ‘membaca Kitab dengan bacaan yang sebenarnya’ yang terdapat dalam ayat ini, sahabat Abdullah ibn Masud berkata, “Demi Allah, maksud membaca Kitab dengan bacaan yang sebenarnya ialah menghalalkan apa yang dihalalkannya, mengharamkan apa yang diharamkannya, membaca seperti mana ia diturunkan Allah, tidak mengubah kalam Tuhan dari tempatnya dan tidak mentakwilkan ayat-ayatnya secara yang tidak betul.” Hal ini disebutkan dalam al-Asas fit Tafsir oleh as-Syeikh Said Hawa.

Hanya selepas al-Quran difahami dan dihayati sahaja iman umat Islam akan meningkat sekali gus mencapai kecemerlangan. Inilah yang dijanjikan Allah dalam surah al-Israk ayat 9 yang bermaksud, “Sesungguhnya al-Quran ini memberi petunjuk kepada jalan yang aqwam dan memberi khabar gembira kepada orang-orang mukmin yang mengerjakan amal salih bahawa bagi mereka ada pahala yang besar.”

Ayat ini menjelaskan bahawa al-Quran ialah petunjuk yang akan membawa manusia kepada sesuatu yang aqwam. Apakah maksud aqwam? Dalam al-Jamik li Ahkamil Quran, Imam Qartubi berkata, “Kalimat aqwam bermaksud jalan yang paling benar, paling adil dan paling tepat”. Justeru mereka yang membaca, memahami, menghayati serta menjadikan al-Quran sebagai sumber rujukan, kesejahteraan dan kecemerlangan sedang menanti mereka kerana kehidupan mereka disuluhi oleh formula yang “paling benar, paling adil dan paling tepat.”

Menguasai Ayat-ayat Alam

Seperti yang disebutkan sebelum ini, salah satu maksud bagi kalimat ayat dalam bahasa Arab ialah tanda atau bukti. Justeru, selepas penguasaan ayat al-Quran, ayat kedua yang perlu dikuasai ialah ayat-ayat yang tersembunyi di alam semesta. Ayat-ayat ini merupakan tanda serta bukti tentang kekuasaan Allah yang tersembunyi di alam semesta. Untuk mencapai tujuan ini umat Islam perlu mengkaji alam ini secara sistematik. Inilah yang tersirat di sebalik firman Allah yang terdapat dalam surah al-Ghasyiah ayat 17-20 yang bermaksud, “Apakah mereka tidak melihat kepada unta bagaimana ianya diciptakan. Dan langit bagaimana ia ditinggikan. Dan gunung-ganang bagaimana ia ditegakkan. Dan bumi bagaimana ia dihamparkan.”

Pengkajian tentang rahsia-rahsia alam memerlukan akal yang tajam lagi kritis. Berhubung dengan ini dalam surah al-Mukminun ayat 80 Allah berfirman, “Dialah yang menghidupkan dan mematikan, dan Dialah yang (mengatur) pertukaran malam dan siang. Apakah kamu tidak berfikir tentangnya?”

Ilmu yang diperoleh daripada kajian-kajian ini mampu melahirkan pengagungan terhadap Allah sekali gus meningkatkan pengabdian kepadanya. Berhubung dengan ini, Imam Ibn Kathir dalam kitab Tafsir Al-Quran Al-Azim berkata, “Sebahagian ulama berpendapat, sesiapa yang mengamati langit yang luas dengan bintang-bintang, bulan dan matahari yang beredar di atas paksinya tanpa henti, kemudian memerhatikan laut yang mengelilingi tanah daratan, kemudian memerhatikan bumi serta gunung ganang yang terpancang di atasnya, kemudian memerhatikan sungai yang mengalir… di samping pelbagai jenis haiwan serta tumbuh-tumbuhan, akan memperoleh bukti tentang kewujudan Tuhan Yang Maha Pencipta lagi Maha Agung dan Maha Bijaksana.”

Ulul Albab

Justeru, golongan pengkaji dimuliakan Allah dan Dia menggelar mereka sebagai ulul albab. Dalam surah Ali-Imran ayat 190-191 Allah berfirman, “Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda-tanda bagi ulul albab. (Iaitu) orang-orang yang mengingati Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadaan berbaring dan mereka banyak berfikir tentang penciptaan langit dan bumi seraya berkata, ‘Wahai Tuhan kami Kamu tidak menciptakan ini dengan sia-sia. Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami daripada seksa neraka’.”

Ulul albab ialah golongan yang menggunakan akal dengan sempurna untuk mengkaji sehingga mampu meletakkan segala perkara pada perspektifnya yang betul. Mereka mementingkan zikir dan fikir. Dalam konteks fikir, mereka suka mengkaji fenomena-fenomena yang berkaitan dengan kejadian alam. Pada hari ini para saintis yang bertakwa kepada Allah boleh dikategorikan sebagai golongan ulul albab.

Hasil Nukilan :

Dr. Danial Zainal Abidin
dzcsyifa@streamyx.com
http://danialzainalabidin.com

Friday, February 26, 2010

KETIKA CINTA BERBUAH SYURGA

Segala puji bagi Allah, yang menjadikan sekelian alam dan salam kepada Nabi MUhammad s.a.w penyandang gelaran Al-Amin dn kepada Ahli keluarga baginda,para sahabat,tabiin dan umat2 nabi Muhammad seluruh alam ini...

Dikesempatan ini aku nak berkongsi dan nak coret sedikit sebanyak apa yang aku perolehi menghadiri talk show di KLCC..Pada minggu lepas kawanku mengajak aku ke KLCC dgr talk show dekat masjid As-Syakirin..dalam do pikir2 maka setujulah aku..Seawal pagi kena pergi memandangkan jarak Putrajaya jauh jugak nak pergi sana dgn menaiki bas sampai ke Pasar Seni kemudian tukar Putra LRT sehingga lah Sampai KLCC...

Talk show ini Bertajuk..Ketika Cinta Berbuah Syurga..tajuk Ini dihuraikan oleh Penceramah yg terkenal dan tidak asing lagi..bagi penonton Al-Kuliyyah TV3..Ust Fauzi Mustafa....Apa yang dimaksudkn dgn tajuk diatas kepada siapa kita nak bercinta supaya berbuah disyurga..bukan cinta kepada Ibubapa,abang,kakak,kekasih...dan sewaktu dengannya..tetapi maksud cinta berbuah di syurga ini iaitu cinta kita kepada Rasullullah s.a.w iaitu Nabi kita yang menjadi ikutan,idola kita sepanjang zaman.

Disini juga Ust menceritakan seorang yg hidup bersama nabi iaitu Anas bin Malik bagaimana cintanya dia terhadap Rasul..sehingga kan dia berasa sedih kerana satu hari dia xdapat melihat nabi.Begitu cintanya beliau terhadap Rasul yang sangat mulia.

Disini aku nak beberapa point yang diberikan oleh Ustaz bagaimana untuk kita mendapat cinta kita yang berbuah disyurga:

  1. Melakukan apa yang disuruh oleh Nabi dan meninggalkan apa yang dilarang.

  2. Perangi golongan2 orang yang menghina Nabi Muhammad s.a.w.

  3. Suka dan minat apa yang Nabi suka..Boleh rujuk pada buku Syamail Muhammadiah.

  4. Mengajar Ahli keluarga,anak2 pelihara hadis2 Nabi.

  5. Mempelajari Sirah Nabi s.a.w.

Mampukah kita melakukannya..untuk mencapai cinta kita kepada Rasullullah s.a.w supaya disyurga nanti kita berada bersama Nabi.

Kepada saya dan anda marilah kita mengadap Allah Yang Maha Esa.Yang Maha Kuasa. dan semoga kesejahteraan dilimpahkan kepada para Rasul.Dan segala puji bagi Allah Sekelian Alam..

Segala yang mulia itu datang dari Allah yang buruk itu dari saya sendiri....Insan yang lemah dalam penulisan..Wallahu a'lam..


Thursday, February 18, 2010

HADIAH MALAM JUMAAT

Salam sejahtera kepada semua yang sudi dtg mengunjungi..laman ini...dalam ku kodek2 membaca email...terjumpa email lama yg telah diforwardkn kepada ku beberapa tahun dulu.masih tersimpan.maka dikesempatan ini ingin berkongsi bersama..untuk renungan dan peringatan buat kita...ikutilah kisah dibawah ini.. HADIAH MALAM JUMAAT

Perkara : Hadiah Malam Jumaat (Pengalaman Salih Al Mazi)


Pada suatu malam bertepatan malam Jumaat Salih Al Mazi pergi ke masjid jamik untuk mengerjakan solat subuh. Kebiasaannya ia berangkat awal sebelum masuk waktu subuh dan melalui sebuah pekuburan. Di situ Salih duduk sekejap sambil membaca apa-apa yang boleh mendatangkan pahala bagi ahli kubur memandangkan waktu subuh masih lama lagi. Tiba-tiba dia tertidur dan bermimpi melihat ahli-ahli kubur keluar beramai-ramai dari kubur masing-masing. Mereka duduk dalam kumpulan-kumpulan sambil berbual-bual sesama mereka. Al Mazy ternampak seorang pemuda ahli kubur memakai baju kotor serta tidak berkumpul dengatn ahli-ahli kubur yang lain. Dia duduk seorang diri di tepi kuburnya dengan wajah murung, gelisah kerana sedih.


Tidak berapa lama kemudian datang malaikat membawa beberapa talam yang ditutup dengan saputangan. Seolah-olah seperti cahaya yang gemerlapan.


Malaikat mendatangi para ahli kubur dengan membawa talam-talam itu, tiap seorang mengambil satu talam dan dibawanya masuk ke dalam kuburnya. Semua ahli kubur mendapat satu talam seorang sehingga tinggallah si pemuda yang kelihatan sedih itu seorang diri tidak mendapat apa-apa. Dengan perasaan yang sedih dan duka dia bangun dan masuk semula ke dalam kuburnya.


Tapi sebelum dia masuk Al Mazy yang bermimpi segera menahannya untuk bertanyakan keadaannya. "Wahai hamba Allah ! Aku lihat engkau terlalu sedih mengapa ?" tanya Salih Al Mazy. "Wahai Salih, adakah engkau lihat talam-talam yang dibawa masuk oleh malaikat sebentar tadi?" tanya pemuda itu. "Ya aku melihatnya. Tapi apa benda di dalam talam-talam itu ?" tanya Al Mazy lagi. Si pemuda menerangkan bahwa talam-talam itu berisi hadiah orang-orang yang masih hidup untuk orang-orang yang sudah mati yang terdiri dari pahala sedekah, bacaan ayat-ayat suci Al Quran dan doa. Hadiah-hadiah itu selalunya datang setiap malam Jumaat atau pada hari Jumaat. Si pemuda kemudian menerangkan tentang dirinya dengan panjang lebar. Katanya dia ada seorang ibu yang masih hidup di alam dunia bahkan telah berkahwin dengan suami baru.Akibatnya dia lupa untuk bersedekah untuk anaknya yang sudah meninggal dunia sehingga tidak ada lagi orang yang mengingati si pemuda.

Maka sedihlah si pemuda setiap malam dan hari jumaat apabila melihat orang-orang lain menerima hadiah sedangkan dia seorang tidak menerimanya. Al-Mazy sangat kasihan mendengarkan cerita si pemuda. lalu ia bertanya nama dan alamat ibunya ia dapat menyampaikan keadaan anaknya. Si pemuda menerangkan sifat2 ibunya. Kemudian Al Maizy terjaga. Pada sebelah paginya Al Maizy terus pergi mencari alamat ibu pemuda tersebut.


Setelah mencari kesana kemari beliaupun berjumpa ibu si pemuda tersebut lantas menceritakan perihal mimpinya. Ibunya menangis mendengar keterangan Al maizy mengenai nasib anaknya yang merana di alam barzah. Kemudian ia berkata :"Wahai Salih ! Memang betul dia adalah anakku. Dialah belahan hatiku, dia keluar dari dalam perutku. Dia membesar dengan minum susu dari dadaku dan ribaanku inilah tempat dia berbaring dan tidur ketika kecilnya." Al Maizy turut sedih melihat keadaan ibu yang meratap dan menangis penuh penyesalan kerna tidak ingat untuk mendoakan anaknya selama ini. "Kalau begitu saya mohon minta diri dahulu." kata Al maizy lalu bangun meninggalkan wanita tersebut. Tatkala dia cuba untuk melangkah si ibu menahannya agar jangan pulang dahulu.Dia masuk kedalam biliknya lalu keluar dengan membawa wang sebanyak seribu dirham.
"Wahai Salih, ambil wang ini dan sedekahkanlah untuk anakku, cahaya mataku. Insya Allah aku tidak akan melupakannya untuk berdoa dan bersedekah untukya selama aku masih hidup."

Salih Al Maizy mengambil wang itu disedekahkannya kepada fakir miskin sehingga tidak sesenpun dari seribu dirham itu yang tinggal. Dilakukannya semua itu sebagai memenuhi amanah yang diberi kepadanya oleh ibu pemuda tersebut.


Pada suatu malam Jumaat di belakang selepas itu, Al Maizy berangkat ke masjid jamik untuk solat jamaah. Dalam perjalanan sebagaimana biasa ia singgah di perkuburan. Di situlah ia terlena sekejap dan bermimpi melihat ahli-ahli kubur keluar dari kubur masing2. Si pemuda yang dulnya kelihatan sedih seorang diri kini keluar bersama-sama dengan memakai pakaian putih yang cantik serta mukanya kelihatan sangat gumbira. Pemuda tersebut mendekati Salih Al Maizy seraya berkata : "Wahai tuan Salih, aku ucapkan terima kasih kepadamu. Semoga Allah membalas kebaikanmu itu. " "Hadiah dari ibuku telah ku terima pada hari jumaat." katanya lagi. "Eh, Engkau boleh mengetahui hari Jumaat ?" tanya Al Maizy. "Ya, Tahu." "Apa tandanya ?"

"Jika burung-burung di udara berkicau dan berkata "Selamat selamat pada hari yang baik ini, yakni hari Jumaat." Salih Al Maizy terjaga dari tidurnya.Ia cuba mengingati mimpinya dan merasa gumbira kerana sipemuda telah mendapat rahmat dari Allah disebabkan sedekah dan doa dari ibunya.

(Petikan kisah Wali-Wali Allah (2) terbitan syarikat Nurulhas).

"Sebarkanlah ajaranku walau satu ayat pun" (Sabda Rasulullah SAW) Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar." (Surah Al-Ahzab:71)"

CUTI 2 MALAYSIA

Assalamualaikum....bertemu kembali di alam maya ini.


Lama benar ku tak coret kata, cerita artikel dlam blog aku. Dikesempatan ni aku nak coret skit..cerita ..ala mcm cerita...erm nak balik mungkin sebelum ni terasa masih kat kedah kot tu yg lambat beli tiket..tiket bas yg naik kat Putrajaya habis..so xdpat la.terpaksa la beli tiket yg naik kat puduraya.sudah la.naik kat pudu hari sabtu pgi plak tuh. Org lain dh sampai kat kg.aku baru nak balik..xdapat nak pergi kenduri kawin kawan aku..Liza Aishah dan siti hafizah.13.2.2010.Selamat pengantin baru ye.jadilah isteri solehah.sepertimana isteri para nabi.

Perjalanan blik kg dgn penuh berhati2..almaklumlah balik xpenah naik kat pudu.maka advanture la ku sorang. Kwan ramai pesan berhati2.jaga diri elok2. Ku rasa gembira and bahagia ramai org ambik berat terhadapku.setiap perjalanan ku banyak berdoa semoga aku selamat. Allah menolong makhluknya apabila kita sentiasa ingat pada-Nya. Setaip aku nak melangkah teringat kwan ku Rafiah dia ni cukup berani jlan sorg2..tanya dia xtakut ker..apa yang dia pesan..sebelum melangkah..doa dan mengucap sesiap..dan yakin.bahawa ALLAH ada.Bermula awal pagi 6.50 naik bas Nadi Putra..pengangkutan yg setia dgn aku..kemana saja ku pergi dlm kwsn putrajaya..gi shopping,kerja. dan sewaktu dgnnya. naik pulak ERL (KLIA Transit) laju,cpat,harga mahal la jugak..turun kat Bandar tasik selatan.tukar naik star lrt plak..maka terus la sampai kat Plaza rakyat..dlm kol 8.15pg. sampai pudu..mak ai rmai nya org..org pakat nak balik kg..cuti raya cina..hati berasa laga kerna dah jumpa kawan..and kitorg pon balik la..naik bas skali sampai ke negeri kebanggaan ku..KEDAH yang Aman. Pukul 5.15 ptg.seharian aku ku dlm bas..xboring sebab balik dgn kawan, acah baby kat seat blkang.sempat jugak ku snap gmbr keta2 kt plaza tol..ni gmbr dari dlm bas..


Bestnya balik kg dpt jumpa family..tengok sawah padi yg terbentang luas dihalaman rumah ku..padinya sudah keluar..tunggu masa untuk dituai sapa2 nak tengok silalh dtg rumah saya.

Dah balik kg ni..mak mcm2 masakkn..bihun sup.gulai burung ,ketupat palas skali dgn serundingnya..yela..anak2 balik blaka..tapi yg kesian kat makut..dia xdpt makn..smpai tepon 2 kali jeles la..makut hg sabaq noh...balik nanti hg makan yer...Sepanjang cuti.dgr berita cikgu PASTI seangkatan dgn ku masuk wad..sakit..maka petang tu ku gi ziarah.sedih tengok dah kurus sbb batuk..semoga cepat sembuh..pastu posing2 pasaraya Giant..ramainya org..setahu aku ni wat kali ke-3 ku jejak kaki kesini.sejak giant tu ada..almaklumlah dia jauh skit dri Bandar kan..Kat rumah xdpat nak gi jalan rata..sebab jahit baju..erm dgn penuh kesabarannya dlm masa 2hari dpat la.jahit 2pasang baju...untuk ku pakai kat sini...

Sebelum ku balik putrajaya ku pi PASTI..Teringat pada anak2 PASTI..siapa yang masih tinggal menyambung pelajaran 6tahun..Alhamdulillah ramai jugak..dah pandai senang skali melihat mereka belajar. Belajar ditempat baru..tenang ku melihat mereka..lancar dan fasih menghafal doa2 untuk memulakan sesi pembelajaran pada pagi itu. Anak2 ibarat kain putih..jika salah kita mencoret kan diatasnya..tidak cantik dan tidak bergunalah kain itu..Selamat berjuanglah wahai mujahid muda bakal pewaris generasi akan datang..khas buat anak2 PASTI AL-AKHLAk..Langgar.

هَيَّا بِا لْجِهَادِ

Friday, February 5, 2010

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...