Monday, December 14, 2009

MENCARI CINTA YANG HAKIKI



Sesungguhnya sebelum mencari cinta makhluk, kejarlah cinta khalik.
Cinta khalik cinta abadi, hanya dapat jika cinta itu subur dari cinta 2 permata hati.
Namun tidak berjaya cinta khalik tanpa cinta petunjuk-Nya yang perlu diiringi Hubbul Ummah. Cinta ummah dapat dibuktikan dengan kilauan kejayaan.
Namun tidak sempurna cinta ini tanpa cinta makhluk kerana tanpa cinta ini tiada lagi petunjuk-Nya.
Namun ia tidak memaksa lantaran itu cinta ini masih berlarutan usia.
11.12.2009 Jumaat....

Saturday, December 12, 2009

15 KEBAIKAN SUJUD YANG TERSEMBUNYI

Ulama mengatakan sujud ketika solat adalah waktu manusia paling menggalakan sistem pernafasan dan mengembalikan kedudukan organ ke tempat asalnya. Percaya atau tidak, berikut adalah hikmah yang diperoleh daripada perbuatan bersujud ketika sembahyang.

1. Membetulkan kedudukan buah pinggang yang terkeluar sedikit daripada tempat asalnya.
2. Membetulkan pundi peranakan yang jatuh.
3. Melegakan sakit hernia.
4. Mengurangkan sakit senggugut ketika haid.
5. Melegakan paru-paru daripada ketegangan.
6. Mengurangkan kesakitan bagi pesakit apendiks atau limpa.
7. Kedudukan sujud adalah paling baik untuk berehat dan mengimbangkan lingkungan bahagian belakang tubuh.
8. Meringankan bahagian pelvis.
9. Memberi dorongan supaya mudah tidur.
10. Menggerakkan otot bahu, dada,leher, perut serta punggung ketika akan sujud dan bangun daripada sujud. Pergerakan otot ini akan menjadikan ototnya lebih kuat dan elastik, secara semula jadi dan ia juga akan memastikan kelancaran perjalanan darah.
11. Bagi wanita, pergerakan otot itu menjadikan buah dadanya lebih baik, mudah berfungsi untuk menyusukan bayi dan terhindar daripada sakit buah dada.
12. Sujud juga mampu mengurangkan kegemukan.
13. Pergerakan bahagian otot sewaktu sujud juga boleh memudahkan wanita bersalin. Organ peranakan mudah kembali ke tempat asal serta terhindar daripada sakit gelombang perut.(Convulsions).
14. Organ terpenting iaitu otak kita juga akan menerima banyak bekalan darah dan oksigen.
15. Mengelakkan pendarahan otak jika tiba-tiba menerima pengepaman darah keotak secara kuat dan mengejut serta terhindar penyakit salur darah dan sebagainya. Dari segi psikologi pula, sujud membuatkan kita merasa rendah diri di hadapan Yang Maha pencipta sekali gus mengikis sifat sombong, riak takbur dan sebagainya.

Manakala dari sudut perubatan pula, kesan sujud yang lama akan menambahkan kekuatan aliran darah ke otak yang boleh mengelakkan pening kepala dan migrain, menyegarkan otak serta menajamkan akal fikiran sekali gus menguatkan mentaliti seseorang.

Friday, December 4, 2009

Al-Fatihah

Pagi tadi dapat panggilan dri pakcik ku tepon suh bgtau kat my mummy..ckap yg paklong yg ku ziarah raya baru ni nazak....berapa jam kemudian dpat mesej sepupu ku bgtau yg pak long dah kembali kerahmatullah....walaupun tak dapat balik..tapi baru ni dh dapat jumpa sembang. Semoga Rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama2 orang yang beriman...Al-Fatihah.

Thursday, December 3, 2009

3 kekosongan jawatan diperlukan !!!

TEMUDUGA SEBAGAI CALON JENAZAH

SEMUA DIKEHENDAKI HADIR TANPA SEBARANG PENGECUALIAN

KEKOSONGAN JAWATAN:

A. Ahli Syurga Dari Awal.
B.. Ahli Neraka Dari Awal.
C. Ahli Neraka Sementara, Kemudian Akan Di lantik Jadi Ahli Syurga.


EMPAT GANJARAN LUMAYAN (khas untuk jawatan A):
1. Nikmat kubur.
2. Perlindungan di Padang Mahsyar.
3. Keselamatan Meniti Titian Sirat.
4. Syurga yang kekal abadi.


TARIKH TEMUDUGA:
Bila-bila masa secara adhoc bermula dari saat membaca iklan ini.


LOKASI TEMUDUGA:
Di dalam kubur (alam barzakh).


KELAYAKAN:
Anda tidak perlu bawa siji-sijil, termasuk sijil saham termasuk saham Internet.
Anda tidak perlu bawa pingat, Mercedes mata belalang atau kad kredit.
Anda tidak perlu bawa wang atau harta serta emas yang anda kumpul.
Anda tidak perlu berparas rupa yg cantik, hensem atau berbadan tegap atau seksi.
Sila bawa dokumen asal iaitu : Iman dan Amal serta sedekah jariah sebagai sokongan.


PANEL/PENEMUDUGA:
Munkar dan Nakir.


ENAM SOALAN BOCOR:
1. Siapa Tuhan anda?
2. Apa Agama anda?
3. Siapa Nabi anda?
4. Apa Kitab anda?
5. Di mana Kiblat anda?
6. Siapa Saudara anda?


CARA MEMOHON:

Anda cuma perlu menunggu penjemput yang berkaliber untuk menjemput anda. Ia akan menjemput anda pada bila-bila masa saja (mungkin sekejap lagi). Ia akan berlembut kepada orang-orang tertentu dan akan bengis kepada orang-orang tertentu.

Ia diberi nama Izrail.


TIPS UNTUK BERJAYA DALAM TEMUDUGA TERTUTUP INI:

Hadis Hasan yang diriwayatkan oleh Ahmad Hambal yang bermaksud begini:

Sabda Rasulullah S.A.W:

"Sesungguhnya apabila jenazah seseorang itu diletakkan di dalam kuburnya, sesungguhnya jenazah itu mendengar suara (terompah kasut) orang-orang yang menghantarnya ke kubur pada saat mereka meninggalkan tempat itu. Jika mayat itu seorang muslim, maka solat yang dilakukannya ketika beliau masih hidup di dunia akan diletakkan di kepalanya, puasanya diletakkan di sebelah kanannya, zakatnya diletakkan di sebelah kirinya dan amalan kebajikan daripada sedekah jariah, silaturrahim, perkara kebajikan dan ihsan diletakkan dihujung dua kakinya.


Ia akan didatangi malaikat dari aras kepala, maka solat itu berkata kepada malaikat : dari arasku tidak ada jalan masuk. Kemudian malaikat berpindah ke sebelah kanan, maka puasa berkata kepadanya: dari arasku tidak ada jalan masuk. Kemudian malaikat berpindah ke sebelah kiri, maka zakat berkata kepadanya : dari arasku tidak ada jalan masuk. Kemudian di datangi dari arah kedua hujung kakinya dan berkatalah amal-kebajikan : di bahagianku tidak ada jalan masuk.


Maka malaikat berkata kepadanya : Duduklah kamu. Kepadanya (mayat) memperlihatkan matahari yang sudah mula terbenam, lalu malaikat bertanya kepada mayat itu : Apakah pandangan kamu tentang seorang laki-laki (Muhammad) yang kamu dahulu sentiasa bercakap tentangnya; dan bagaimana penyaksian kamu kepadanya? Maka berkata mayat itu : Tinggalkan aku sebentar, aku hendak sembahyang. Maka berkata malaikat : Sesungguhnya engkau akan mengerjakan solat (boleh saja solat) tetapi jawab dahulu apa yang kami tanya ini. Apakah pandangan kamu tentang seorang laki -laki (Muhammad) yang kamu dahulu sentiasa bercakap tentangnya; dan bagaimana penyaksian kamu kepadanya? Maka berkata mayat itu: Laki-laki itu ialah Nabi Muhammad S.A.W dan aku naik saksi bahawa nabi Muhammad saw itu ialah pesuruh Allah yang membawa kebenaran daripada Allah Subhanahu Wata'ala.


Maka malaikat berkata kepada mayat itu : Demikianlah kamu dihidupkan dan begitu juga kamu dimatikan dan dengan demikian juga kamu dibangkitkan semula diakhirat insya'Allah. Kemudian dibuka baginya satu pintu syurga, maka dikata padanya itulah tempat kamu dan itulah janji Allah bagi kamu dan kamu akan berada di dalamnya. Maka bertambahlah gembira mayat itu. Kemudian dilapangkan kuburnya seluas 70 hasta dan disinari cahaya baginya".

Tuesday, December 1, 2009

Peristiwa Penghujung November......

22.11.2009....Ahad
Cuma seketika...berapa jam sahaja aku dapat berborak dgn adikku n istrinya...di KLCC.... posing2 kok Taman KLCC......boleh la jgak....bagus la jgak landskap dia.....sementara tunggu adikku yg lama tak jumpa setahun lebih la jugakkn....pastu pusing2 kok aquaria...best la jugak...kecik ja kawasan dia....dapat la tengok ikan2 yang xpernah tengok kn.......gambar tunggula nanti masukkan....Apapun ok puas dpat jumpa adik...erm tunggu tahun depan la nk jumpa dia....

Balik kg raya....huhu sampai lewat la kat rumah...perjalanan semua berjalan lancar...kok Kl ok lagi sebab org keja kan....bila sampai kat penang jalan dh jem...kalu ku bawa roti confirm xjem....leh ku sapu habis......hehe. sampai pun lewat kg Alor Setar...pi la shopping kat pekan Rabu..sampai...kat pekan eletrik plak xda terpaksa beli dlm kelam...heheh...

Hari Raya Kurban...kat rumah 3ekor lembu ditumbangkan....gembira sangat mak cik yang dok kat Arab saudi raya kat kg..tapi sat ja....depa mai 7org..mak cik anak dia aiman.faris,menantunya and 3org cucunya.dapat la raya....syok la jugak....Balik kg pi makan kenduri korban kat rumah sepupu...pi sbab semata2 nak ambik baju je...terus la pi rumah pakcik...and ziarah pak long yg sakit...dapat la sembang skit2 dgn paklong....

tgah hari balik mai putrajaya...soktu keja...nek bas jalan punyala jem...pengalaman pertama merasai jalan jem balik mai ibu kota....sampai 12jam perjalanan....boring tahap maximum dalam bas...nak baca xboleh..stail plak xleh baca dlm kenderaan...tidor plak dh 3,4 kali tidur...akhirnya sampai jgak kat Putrajaya 12.30pagi...sepatutnya 8malam dh sampai....fuh lenguh2 habis dah...
gambar2 nanti la aku masukkn...yer untuk tatapan kenangan semua...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...