Monday, December 31, 2012
Putrajaya Aku Datang 2013.
Monday, December 24, 2012
Hari Ini Dalam Sejarah 21.12.2012
Monday, December 10, 2012
Kasih Kekasih
Sucinya cinta yang kau beri
Kita saling kasih mengasihi
Dengan setulus hati
Menyarung cincin di jari
Dengan rahmat dari Ilahi
Cinta kita pun bersemi
Syariat tetap membataskan
Pelajari ilmu rumahtangga
Agar kita lebih bersedia
Menuju hari yang bahagia
Ku tahu kau menyintaiku...oh...kasih
Bersabarlah sayang
Saat indah kan menjelma jua
Kita akan disatukan
Dengan ikatan pernikahan...oh...kasih
Di sana kita bina
Tugu cinta mahligai bahagia
Di dalam redha Ilahi
Berdoalah selalu
Moga jodoh berpanjangan
Tuesday, November 20, 2012
Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang
pembukaan majlis dengan bacaan ayat suci Al-Quran oleh pelajar tahun 6 (Akmal
rehat sekejap setelah berminggu ulang alik pi kedai tempahan hadiah
Thursday, November 15, 2012
Kenang Kembali...
Tetiba teringat saat indah pergi bercuti kat Pahang...Pantai Cherating...tapi sebelum sampai cherating...singgah la dulu kat Bukit Tinggi....mencabar jugak la bawa keta nek bukit Tinggi ni ..dengan sakit kepalanya..jalan bengkang bengkok....fuhhhh..mencabar...haha kat sini sempat la jugak snap gambor beberapa keping...tapi gambar kat cherating xder...xdan nak ambik kat kamera adik2 kesayanganku......disini ku tinggalkan beberapa keping..gambar..
jika ada kelapangan jom kita pi bercuti lagi...........tapi kena ada kamera dulu ..kamera tu telah rosak... (sadis ku..terkubur hobi ku..mek gambar
Monday, November 5, 2012
Saat Akhir Persekolahan
Sahabat n teman2ku yg disayangi..
Hari ni line clear sikit...ada la..aku nak mencoret,menconteng di laman ku yang dah sropa lalang..
Sedar tak sedar dah penghujung persekolahan bagi tahun 2012. Rupanya hampir 9 bulan ku menjadi pendidik kepada anak2 putrajya. Alhamdulillah ku bahagia dengan pekerjaan ku ni..disamping mendidik anak2 dalam menuntut ilmu akhirat ia juga dapat membantu diriku yang sangat lemah ini dalam bidang ilmu agama. Ku bersyukur aku di pertemukan dengan kerja ini. InsyaAllah..aku bertekad dan berusaha untuk membantu diriku menjadi Insan yang lebih baik.
Di penghujung tahun pelbagai tugasan yang perlu diselesaikan dan membuat persiapan hari Ihtifal sekolahku. Segala tugas yg kita lakukan dengan ikhlas InsyaAllah ia tidak membebankan kita malah menjadi satu cabaran yg perlu kita hadapi dengan tenang..ceeewaah..
Tak sabar plak nak balik kg dan cuti panjang..tapi hujung bulan la yer kita balik kg..........
Syukur pada Allah aku sangat gembira dan bahagia berada disini..Ku ingin mencari cinta yang membawaku cinta kepada-Mu Ya Allah....
Okkie kita jumpa lagi..
Assalamualaikum..
Sunday, September 23, 2012
Lamanya Ku tak Coret di sini
Lamanya ku tidak mnulis disini..dengan keadaan Internet yg tidak mengizinkan.
Selamat bertemu kembali....
Thursday, June 28, 2012
Ya Allah, Aku Tak Ingin Sendiri
Wednesday, April 11, 2012
DAULAT TUANKU
SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG
ALMU’TASIMU BILLAHI MUHIBBUDDIN TUANKU ALHAJ ABDUL
HALIM MU’ADZAM SHAH IBNI ALMARHUM SULTAN BADLISHAH
bersempena dengan
Pertabalan Seri Paduka Baginda
Yang di-Pertuan Agong yang ke-14
Thursday, March 8, 2012
Janji Seorang Sufi
Pada suatu hari, ketika dalam satu perjalanan, dia lalu di sebuah pasar, tempat membeli belah dan secara tidak sengaja terlihat sebuah tali pinggang yang tergantung di sebuah kedai. Mungkin tali pinggang itu sangat cantik sehingga terlupa akan janjinya kepada Allah, maka dia memandangnya dengan agak lama. Dia terlalai.
Tuan punya kedai mengetahui bahawa ada seorang lelaki melihat barang jualannya, tetapi tidak mahu membelinya. Lalu dia menoleh pada barangan jualannya, ternyata dengan takdir Allah, tali pinggang ghaib pada pandangannya.
Saturday, February 25, 2012
Cinta Seindah Langit
menulis "RUMAH banglo dua tingkat. Angin bertiup menyapa balkoni. Panas petang terasa-rasa. Ain menyelak helaian demi helaian novel yang ditatap sejak pukul tiga tadi. Diletakkan sebentar di atas meja. Merehatkan mata. Ain mendepang tangan. Mengeliat. Rambut yang terurai dihembus lembutnya angin.
“Ain, ada surat untuk Ain.”
Ain menjengah ke bawah. Kelibat posmen bermotosikal merah baru sahaja berlalu. Yanti menunjuk-nunjuk sesuatu yang berada di tangannya. Surat untuk akukah?
“Ini untuk cikgu.”
Ain memandang Ipin yang mengunjukkan kepadanya seikat petai.
“Petai?” tanya Ain sambil memerhati Ipin yang kusut-masai. Berkasut selipar, dengan baju sekolah yang sudah kusam.
“Ayah bagi,” jawab anak kecil itu. Tangannya masih menghulur petai yang masih belum diambil Ain.
Wednesday, February 22, 2012
Minggu Pertamaku
Rasa lama ku tidak mencoret di atas ruangan ini...sudah macam berlaku..16.2. hari terakhirku bekerja di pejabat..hampir 2 tahun setengah ku bekerja di sana. Pada minggu ini ku kembali bekerja sebagai guru setelah hampir 2 tahun setengah ku meinggalkan kerjaku sebagai guru. Kini ku kembali, setelah pelbagai pengalaman ku perolehi di dalam dua kerjaya ku yg sangat berbeza tetapi kedua-duanya berhubung kait antara satu sama lain.
Untuk membuat keputusan ada juga sedikit sebanyak mendapat tentangan.tapi Alhamdulillah ramai yang merestuinya. Ku bersyukur dan ku gembira dengan kerjaya ku sekarang. Terima kasih kepada semua yang memberi sokongan dan semangat kepada ku bagi meneruskan kerjaya ini. Syukur Alhamdulillah kehadrat Ilahidalam memberi petunjuk kepadaku. Amin Ya Rabbal A'lamin.
Friday, January 20, 2012
Thursday, January 19, 2012
Bukit Malawati, Kuala Selangor
Cantik tak..bas ni untuk naik ke atas Bukit Melawati..
Atas Bukit Malawati
Sangat cantik dan unik pokok ni..betapa cantiknya Allah...Sangat suka ambil gambar alam..
Selat Melaka
Si comel Rayyan n Ainin
Ha ha mengalahkan boy
Muara dekat Restoran Ikan Bakar Pantai Jeram
Hehe..nak bergambar juga..
Ku harap suatu hari nanti dapat peneman yang setia untuk menjadi teman setia merealisasikan hobiku...
P/s :nak dslr.. :( ntah tahun bila ku dapat miliknya
Tuesday, January 17, 2012
Tuesday, January 10, 2012
Untukmu Yang Akan Mendampingiku
Letih,
Mungkin itu yang akan aku rasa
Mencarimu dalam bayang
Tidak pernah bertemu hingga melayang
Melayang,
Melayang angan terbuai usia
Bergerak naik menuju ke pusara
Tidak henti terus mencari
Tambatan hati yang dinanti-nanti
Kuberdoa pada pemilik hati
Yang menggenggam nyawa dan nasib diri ini
Apabila dia membaca tulisan ini
Semoga hatinya boleh menjadi hati yang suci
Mungkin selama ini aku terlalu memilih
Atau mungkin tiada yang dipilih
Semuanya menjauh
Tidak terlihat dan tidak tersentuh
Kini segalanya harus dimulakan
Dari niat tulus yang tidak ternilai
Terlalu mulia untuk dinilai
Terlalu tinggi untuk dituai
Dalam sujud hati
Kami berdoa pada ilahi
Agar segera bertemu kekasih hati
Yang menemani kami ke syurga abadi
Aku benar-benar tidak tahu
Apakah kamu atau siapa pendampingku
Namun jika memang sudah takdirku
Semoga hatiku boleh bersanding dengan hatimu..
Monday, January 2, 2012
Sunday, January 1, 2012
Selamat Tahun Baharu 2012
Yang pasti tahun ini buat lebih baik. Yang lalu biar jadi sejarah.. Selamat Tahun Baru 2012 kepda semua kawan-kawan di sini.. Moga impian ku tercapai pada tahun ini. Amin Ya Rabbal A'lamin..ku terbang bebas seperti rama-rama