Friday, April 30, 2010

OOOO..BALIK KAMPUNG...

Assalamualaikum.segala puji bagi Allah yang menjadikan sekelian alam ini dan selawat keatas Rasul Junjungan Nabi Muhammad s.a.w serta ahli saudara baginda, kepada para sahabat tabiin, dan umat Islam dimuka bumi ini..
Rasa hepinya nak balik kg mlm ni...bulan lpas...dah balik..tapi hatiku mcm lama sangat..xbalik...
setiap kali telpon rumah seringkali tanya bila nak balik kg...rasa sedih ..mereka mngharapkn kepulanganku.....selagi mereka masih ada...kita penuhi lah impian mereka...
Tunggulah kepulangan kak cik yg akan balik malam ni......ku harap percutianku di kg ku yang indah. Yeeeaah kampung ku tunggulah kepulanganku...pokok padi dh besaq ka belum ya....?

Wednesday, April 28, 2010

Perpisahan............

Assalamualaikum.segala puji bagi Allah yang menjadikan sekelian alam ini dan selawat keatas Rasul Junjungan Nabi Muhammad s.a.w serta ahli saudara baginda, kepada para sahabat tabiin, dan umat Islam dimuka bumi ini..
Cepat betul masa berlalu skrg dh dipenghujung bulan 4...hampir memasuki pertengahan tahun 2010. Adakah masa lalu kita penuhi dgn perkara yg berfaedah atau pon masa kita pergi begitu saja tanpa ada kesan didalam jiwa kita. Jumaat lepas opis mengadakan majlis perpisahan staff bahgian IT iaitu en.Abang dan kak dila..dan majlis meraikan staff yg menyambut ulang tahun kelahiran bln 4,5,6.iaitu kak zee,en.wan,kak hani,
ni bos tgah berucap

menu:nasi tomato,ayam msk merah air bandung,tembikai, jajan..


sedap betoi kek ni..dan puteri2 BTM
Malamnya dpat berita tentang kembali nya sahabat sekolej pergi mngadap ilahi..Iaitu Ukhti Masrurah Musa (25tahun)..masalah pernafasan.almarhum pergi meninggalkan suaminya dan anak kecil umur hampir 2tahun. Sedih sikecil akan membesar tanpa kasih sayang seorang ibu kandung. Almarhumah seorang lemah lembut budi pekertinya..sopan santun...
Bagaimanakah kita.(tepuk dada tanya Iman)sudah cukupkah bekalan untuk kita bawa kesana..kita tidak tahu..bila ajal kita..adakah hari ini,esok,lusa..Bila2 masa saja malaikat izrail boleh mencabut nyawa kita.
Marilah sama2 kita sedekahkan Al-Fatihah kepada Al-Marhumah semoga almarhumah tenang di sana dan ditempatkan bersama-sama dgn org2 yang beriman. Al-Fatihah..
wassalam

Saturday, April 24, 2010

DI MANAKAH SEERAH AR RASUL & PARA SAHABAT ?

BULETIN الحضارة~*BIL:99/J.Awwal 1431

A L – H A D H A R A H

Firman Allah Taala : Demi masa sesungguhnya manusia berada dalam kerugian, kecuali mereka yang beriman dan beramal soleh, dan berpesan kepada kebenaran dan berpesan kepada kesabaran. al Asr :1-3. Segala puja dan puji hanya layak untuk Allah, Penguasa sekelian alam. Selawat dan salam tidak pernah dilupakan buat junjungan Nabi yang Mulia Muhammad saw, ahli keluarga, para sahabat yang diredhai serta para pejuang penegak kebenaran walaupun di mana mereka berada. Alhamdulillah! Kerana diberi kesempatan oleh Allah swt meneruskan buletin kali ke 99 ini…
Mengingati, menghayati biografi kehidupan Rasulullah saw dan sejarah hidup baginda serta para sahabat adalah sumber kekuatan dan perasaan keagamaan (iman) bagi ummat Islam. Sebab itu mengingati atau menyambut `kelahiran` baginda tidak boleh dibataskan pada tarikh-tarikh atau tempat-tempat tertentu sahaja. Ia merupakan sumber terkuat dari kekuatan iman dan perasaan keagamaan yang sentiasa ditonjolkan oleh generasi pejuang sebelum ini dalam kehidupan perjuangan untuk menyalakan obor keimanan dalam kalbu ummat agar jangan sampai dapat dipadamkan oleh tiupan angin dan badai kebendaan. Justeru kerana apabila terpadamnya obor ini, maka ummat akan kehilangan kekuatan dan ciri serta pengaruhnya sehingga akan menjadi seperti bangkai yang membebani kehidupan ummah sendiri.
Sesungguhnya rahmat Islam yang kita dapat nikmati hingga kini adalah hasil perjuangan, pengorbanan, penderitaan Rasul yang mulia dan para sahabat yang mengimani dan membenarkan dengan sepenuh hati kepada Allah dan Rasul Nya. Mereka telah memilih hidup yang penuh kepahitan dan berisiko demi memastikan cahaya Islam menyinari seluruh alam dan dapat diwarisi anak cucu generasi yang menjadi amanahnya. Para sahabat yang mulia dengan penuh keyakinan kepada kebenaran dakwah telah meletakkan tangan-tangan mereka di atas tangan Rasul mempertaruhkan seluruh kehidupan baik jiwa, harta maupun keluarga untuk risalah Islam. Keyakinan itu telah memenuhi kalbu mereka lantas mempengaruhi jiwa dan akal sehingga muncullah keajaiban keimanan terhadap yang ghaib, kecintaan kepada Allah dan Rasul melebihi segalanya, perasaan kasih sayang sesama mukminin dan keteguhan pendirian terhadap orang-orang kafir. Mereka lebih tertarik kepada kehidupan akhirat yang kekal daripada kehidupan dunia yang sementara, lebih mementingkan yang akan datang daripada yang sekarang dan memilih hidayah atas kesesatan.
Marilah kita melihat bagaimana penderitaan Nabi saw setelah bersungguh-sungguh menjalankan amanah Allah seperti mana yang telah diriwayatkan oleh Anas r.a. katanya: Pernah Nabi saw bersabda, “Tidak seorangpun yang pernah disakiti di jalan Allah lebih daripadaku. Tidak seorangpun yang pernah takut dalam jalan Allah lebih daripadaku. Pernah selama sebulan penuh aku dan Bilal tidak mendapatkan makanan kecuali hanya sedikit sahaja.”

Pernah suatu ketika Abu Hurairah melihat Rasulullah sedang solat sambil duduk, maka Abu Hurairah pun bertanya, “Apakah gerangan yang menyebabkan engkau solat duduk ya Rasulullah?” Jawab baginda saw, “Aku tak kuat berdiri kerana lapar.” Ketika mendengar ucapan Nabi yang sedemikian itu, Abu Hurairah menangis… dan Nabi pun bersabda, “Hai Abu Hurairah janganlah kamu menangis, sesungguhnya sulitnya hisab di hari qiamat tidak sebanding dengan kesulitan lapar di atas dunia.”
Ibnu Bujair meriwayatkan, “Pada suatu hari Nabi pernah merasa lapar maka beliau meletakkan batu pada perut baginda , seraya berkata: “Adakalanya seorang yang kenyang dan hidup mewah di dunia ini kelak akan lapar dan telanjang di hari qiamat dan adakalanya pula orang yang hina di dunia ini akan mulia di akhirat.”
Sebenarnya itulah gambaran realiti sebuah perjuangan di mana untuk memenuhi keperluan dharuri peribadi pun tidak sempat.. di ketika mana? Ketika Islam masih dalam keadaan dagang, ketika aqidah tauhid yang menjadi tunjang kehidupan dan sistem hidup yang benar, berusaha mengambil tempatnya ditengah-tengah segala kepercayaan syirik dan kebobrokan sistem hidup jahiliyyah. Sememangnya kesulitan dan kepayahan adalah fitrah dan lumrah perjuangan Islam. Sebagai ummat yang beriman kepada Allah dan RasulNya kita perlu sedar bahawa zaman Islam dilayan seperti dagang berulang kembali. Bermula setelah kejatuhan Khilafah Uthmaniyyah dan pemecatan Khalifah Islam yang terakhir Sultan Abdul Hamid pada 1909 M dan sehingga sekarang, khilafah ummah belum lagi berjaya mengambil tempatnya kembali walaupun atas sejengkal tanah. Segala kepercayaan dan sistem hidup serta sistem pemerintahan yang terpakai di seluruh bumi ummat Islam adalah sistem jahiliyyah, sistem sekular, sistem thoghut . Benarlah sabda Nabi saw, ‘Islam bermula dalam keadaan dagang dan kembali dalam keadaan dagang juga seperti ianya bermula, maka berbahagialah mereka yang dagang’- al Hadis.
Jadi bagaimana kita boleh bayangkan dalam keadaan dagang ini para pejuangnya boleh hidup serba selesa, mewah dan bergaya. Islam dibiarkan berdagang sendirian sedangkan ummatnya tanpa pedoman boleh senang lenang bergayut dan menumpang apa-apa sahaja sistem yang ada untuk meneruskan survival kehidupan sementaranya di muka bumi ini tanpa memperdulikan balasan di akhirat nanti. Tentu di sana ada yang tidak kena telah berlaku … naluri saya bersetuju, senjata terakhir peninggalan penjajah telah meresap keseluruh urat saraf para pejuang yang dulunya cukup bersemangat memperjuangkan Islam. Itulah candu politik, ‘saka’ yang dulunya diwarisi oleh perjuangan nasionalis, kini berjaya memabukkan kebanyakkan golongan yang pada mulanya hanya ingin menggunakan saluran politik untuk bersiasah ‘menegakkan ad Deen (cara hidup Islam) dan mentadbir dunia dengan ad Deen’ tetapi telah terlajak dan tergesa-gesa mengambil lebih dosnya.
Saka itu menjadi bahan rebutan golongan pemimpin-pemimpin politik yang tidak sedar mereka sebenarnya telah menjadi hamba-hamba dan pecacai-pecacai sistem politik sehingga ummah kebanyakan dibiarkan kehilangan punca serta arah tuju sebenar kehidupannya. Ummah dalam proses pembinaan hadharahnya ditaja sepenuhnya oleh jahiliyyah, pembentukkan budaya hidup, akhlak melalui pendidikan formal atau informal dan perkembangan serta penguncupan pemikiran segalanya dikawal selia oleh sistem jahiliyyah. Ya! Bala yang menimpa ummah, sebutkan apa sahaja kemungkaran, noda dan dosa sejak zaman Nabi Adam.., semuanya ada dan berlaku di zaman ini. Sedangkan orang yang mabuk politik dari kalangan yang kononnya ingin memperjuangkan Islam pun hanya pandai bersandiwara, sudah tidak dapat mempertimbangkan antara kebenaran dan kebatilan. Melihat segala permasalahan ummah baik dari sudut aqidah maupun akhlak hanya sebagai issu-issu dan bahan-bahan politik murahan sahaja.
Ummah yang sedar tidak boleh membiarkan kehidupan diri, keluarga dan masyarakatnya terbina mengikut polar perkembangan semasa oleh sistem-sistem jahiliyyah dan percaturan politik jika ia bercita-cita menegakkan Hadharah Islam dan meninggikan kalimah Allah di muka bumi ini. Perjuangan menegakkan kalimah Allah bukanlah semudah menukarkan nama tuhan dalam perlembagaan kepada kalimah Allah seperti yang telah dicadangkan oleh pemimpin politik yang berkepentingan. Walaupun ia diletakkan dalam piagam PBB sekalipun tidak ada apa ertinya untuk perjuangan Islam. Ummah yang sedar jangan sampai membodohkan dirinya menjadi hamba kepada hamba-hamba politik ataupun pecacai kepada pecacai-pecacai politik sedangkan muslimahnya yang sepatutnya bertanggungjawab menjadi benteng terkuat dalam mempertahankan aqidah dan akhlak generasi ummah yang diasak hingga ke dalam rumahtangganya jangan sampai hanya disebokkan sebagai buruh-buruh kasar politik. Jadilah hamba Allah swt.Bertapak asaskan aqidahnya yang sebenar dalam menentukan sikap dan mengambil pertimbangan, seseorang pejuang Islam samada muslimin atau muslimat tidak perlu takut dan gentar untuk kembali meneroka jejak-jejak seerah ar Rasul saw dan para sahabat ra serta para pejuang mukhlisin yang terdahulu dalam semua bidang kehidupan untuk membangunkan kembali Hadharahnya yang mulia.Seterusnya perlaksanaan pula tidak lari dari tuntutan kalimah thoyyibah walaupun akan berlaku pertembungan dan pertentangan dengan kebatilan serta kepalsuan di sepanjang zaman. Sekian wassalam.

Dari Ummu el-Husna. ``qulil haq walau kana murron``-
katakanlah kebenaran itu walaupun ianya pahit- Diterbitkan oleh: Penerbitan Sanaabel No 8A, Kg Permatang Saga, Pinang Tunggal, 13210 Kepala Batas, Seberang Perai Utara, P.Pinang M`sia. Tel:016 4282156 email: p.sanaabel@gmail.com atau layari blog kami: http://sanaabel.blogspot.com/

Thursday, April 22, 2010

Selamat Hari Lahir Ibu

09.10.1983..Seorang wanita yang mulia melahirkan seorang bayi..setelah 9 bln dlm kandungan kemudian diberi nama Maazah a.k.a kak cik,aku..Aku diberinya susu dan mendidik aku..Dari dia aku dapat bercakap,berjalan,,kenali A,B, C,,1.2.3.alif,ba,ta,,dan sewaktu dgnnya..melayan kerenah ku..yang sangat nakal..semua itu dia tidak minta balasan...Aku sedar masa ini lah aku perlu memberi kasih sayangnya..memberi apa yang dia harapkan...I.Allah segala impian dia aku akan tunai..I.Allah setiap apa yang ada kita akan dapat cuma lambat atau cepat semuanya adalah ketentuan Allah..I.Allah..

Seorang Wanita
Bermahkota Ibu
Menggenggam Jari-Jari Kecil
Ikatan Ini Tidak Kan Terurai
Kerna Tautan Ini
Tautan Darah dan Akidah
Dan Rahmat Dari Allah

Kini Ibu
Peganglah Tanganku Ini
Biar Kubawa
Ibu Menjelajah
Hasil Titik Peluhmu
Biar Kubawa
Kealam Ku
Hasil Ukiranmu
Selama Ini

Dodoianmu Ibu
Membina Benteng Pemisah
Antara Yang Hak Dan Yang Batil
Membakar Semangat Perjuangan
Mengait Kasih Pada Junjungan Tercinta
Tersujud Lemah
Mengabdi Diri
Kepada Yang Esa

Jika Belum Pernah
Kau Dengar Ucapan Terima Kasihku
Ketahuilah Doaku Ini
Moga Tuhan Menyayangimu
Sepertimana Kau Mengasihiku
Dari Dulu Hingga Kini
Untuk Selama-Lamanya

Dialah Ibuku...sepanjang hayatku..Hjh Satariah Hj Ibrahim 22.04.1953..semoga dipanjangkan umur...

Tuesday, April 20, 2010

WASIAT NABI JUNJUNGAN KPD SAIDINA ALI R.A

Assalamualaikum.segala puji bagi Allah yang menjadikan sekelian alam ini dan selawat keatas Rasul Junjungan Nabi Muhammad s.a.w serta ahli saudara baginda, kepada para sahabat tabiin, dan umat Islam dimuka bumi ini.

Wahai Ali, Bagi orang mukmin ada 3 tanda-tandanya
1) Tidak terpaut hatinya pada harta benda dunia
2) Tidak terpesona dengan pujuk rayu wanita
3) Benci terhadap perbualan dan perkataan sia-sia

Wahai Ali, Bagi orang alim itu ada 3 tanda-tandanya
1) Jujur dalam berkata-kata
2) Menjauhi segala yang haram
3) Merendahkan diri

Wahai Ali, Bagi orang yang takwa itu ada 3 tanda-tandanya
1) Takut berlaku dusta dan keji
2) Menjauhi kejahatan
3) Memohon yang halal kerana takut jatuh dalam keharaman

Wahai Ali, Bagi orang yang jujur itu ada 3 tanda-tandanya
1) Merahsiakan ibadahnya
2) Merahsiakan sedekahnya
3) Merahsiakan ujian yang menimpanya

Wahai Ali, Bagi ahli ibadah itu ada 3 tanda-tandanya
1) Mengawasi dirinya
2) Menghisab dirinya
3) Memperbanyakkan ibadah kepada ALLAH s.w.t

Ya Allah ampunilah dosa-dosa kami dan jauhilah kami dari sifat yang dikeji..Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun..Amin2 Ya Rabbal A'lamin.

RINTIHAN

Assalamualaikum.segala puji bagi Allah yang menjadikan sekelian alam ini dan selawat keatas Rasul Junjungan Nabi Muhammad s.a.w serta ahli saudara baginda, kepada para sahabat tabiin, dan umat Islam dimuka bumi ini tiada coretan yang panjang ingin Ana tuliskan.


Marilah kita renung bersama-sama..!!!

Friday, April 16, 2010

LUNCH DI JUSCO EKUIN PARK..

jam 12.20tgah mula membuka langkah..keluar dri kompleks B..untuk pergi tempat yang dirancang..jauh sugguh gi makan..mggu lepas kat PKNS Bangi..almaklumlah...jumaat rehat yang panjang..skali skala tukar selera...asyik makan dakt B1 or B2..
Lunch tgah hari tadi kat Jusco..yang dpat pi pon... kak zee (lead),kak azwa,mardiah,aisyah dan kak cik..pusing2..last isi perut kat..secret recipe.dapat la bergambo..and makan..antara menu dia tomyam..makaroni cheese,spagetti,nasi ayam blackpepper...air lemon tea...yang best..makanan order masing2 tapi makan kongsi bersama..semuanya rasa...
ni dia leader yang bawa kitorg lunch






ni gambar dalam keta tgah jem...dekat traffic light..
ok stakat ni dulu...lunch kita utk minggu ni..happy lunch arini..

Wednesday, April 14, 2010

Hepy Besday Kak zee

14.4.2010
Hari ulang tahun kak zee...yg ke..?(kak zee ja yg tahu...)..kami dan kawan buat la sambutan ala kadar utk kak zee..yang comel dan cute...kak zee kakak sulung kitorg semua dlm bilik R&D...
SELAMAT HARI LAHIR
kek untukmu kak zee dri kita semua...

happy besday to you....

menu..sandwich..roti canai sardin..roti jala...kek batik...cucuq badak..air..xdok..

ni lah satu2nya kumbang yg dok dlm bilik R&D
kiri..kak azwa,aisyah,saya,kak na,mardiah,
depan kiri: che wan,kak zee, noniey

pertambahan kat sini..tudung purple pakai spek..kak hani..
Kak zee ni lirik nasyid utk kak zee....import dari kumpulan Saujana..Selamat Hari Lahir...

Awan Berarak Ceria
Tiada Titisan Hujan
Pohon Melambai
Tanda Sokongan

Kususuri Perjalanan
Bertemankan Senyuman
Di Hari Lahirmu
Sahabatku

Dedaun Berguguran
Membuktikan Kedewasaan
Walau Tanpa Madah Dan Hadiah
Namun Cukup Bagiku
Sekadar Ucapan

Selamat Hari Lahir
Iringi Doa Kuhulur
Bersyukur KepadaNya
Atas Nikmat Usia

Sahabatku
Usia Yang Tuhan Kurniakan Ini
Dihasilah Ia Dengan Amalan Yang Murni
Semoga Ia Menjadi Temanmu Di Akhirat Nanti
Selamat Hari Lahir

Usiamu Ibarat Mutiara
Tiada Berganti Lagi
Hiaskan Iman Bersulam Taqwa
Agar Sempat Mengucup
Haruman Syurgawi

Tuesday, April 6, 2010

Doa ku untuk mu...

Doa ku untuk mu...
dengan nama Allah Yg Maha Pengasih dan Penyayang..
Ya Allah ...
Panjangkanlah umur sahabatku. Kurniakanlah kesihatan yang baik padanya,
terangi hatinya dengan nur pancaran iman. Tetapkanlah hatinya, perluaskanlah rezekinya, dekatkanlah hatinya kepada kebaikan,
jauhkanlah hatinya pada kejahatan, tunaikanlah hajatnya baik hajat dalam agama,dunia dan akhirat .....

Ya Muhaimin ...
Jika dia jatuh hati izinkanlah dia menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut pada-Mu agar tidak terjatuh dia dalam jurang cinta nafsu .....
Jagalah hatinya agar tidak berpaling daripada melabuhkan hatinya pada hati-Mu.
Jika dia rindu, rindukanlah dia pada seseorang yang merindui syahid di jalan-Mu.

Ya Allah ...
Jangan biarkan sahabatku tertatih dan terjatuh dalam perjalanan panjang
menyeru manusia kejalan-Mu.. jika kau halalkan aku merindui sahabatku,
janganlah aku melampaui batas sehingga melupakan daku pada cinta hakiki,
rindu abadi dan kasih sejati hanya untuk-Mu.


Ya Allah ...
kurniakanlah sahabatku kesenangan, ketenangan, kecemerlangan dan hidayah dari-Mu dalam menempuh cabaran serta liku-liku hidup di dunia dan di akhirat kelak ... insya-Allah
- yg baik dr ALLAH S.W.T dan yg buruk dr diri sendir , AMINi-

()"" ' )
( ,'o' )")
(,,)(")(") "
Mengenali seseorang itu kadangkala membuatkan kita ketawa. Mengenali seseorang itu juga kadangkala membuatkan kita mengalir airmata. Sesungguhnya, mengenali seseorang itu mampu memberi kita sejuta rasa... marah, sedih, gembira, sayang dan rindu. Tapi sedahkah kita? Mengenali seseorang itu sebenarnya adalah satu ANUGERAH... Biarpun hadirnya hanya seketika dan sekadar teman sementara... Bersyukurlah dengan kehadirannya kerana barangkali, melaluinya kita mengerti apa itu erti PERSAHABATAN...

dari kawanku Aida Rahman

Friday, April 2, 2010

DEMI MASA

'DEMI MASA' manusia selalu terlupa

1hari=24jam
Satu TAHUN ?
12 Bulan
52 Minggu
365 Hari
8760 Jam
525600 Minit
31536000 Detik

Distribusi normal manusia meninggal dunia (tahun)

70th
60th - 70th
(65th)

Chart
Kebanyakan manusia meninggal dunia antara usia 60 thn-70thn (majoriti) Puratanya manusia meninggal 65 th
"Baligh: Start untuk seseorang di perhitungkan amal baik atau buruknya selama hidup di dunia"
Laki-laki Baligh 15 tahun ,Wanita Baligh 12 tahun
Usia Yang ada untuk kita beribadah kepada-Nya,
puratanya: Mati - Baligh = Baki Usia, :~ 65 - 15 = 50 tahun
50 tahun digunakan untuk apa?
Catatan:
50 tahun=
18250 hari=
458000 jam
12 jam siang hari
12 jam malam hari
24 jam satu hari satu malam

Gambaran kasarnya:
Mari kita muhasabah bersama..... ....!
Waktu kita tidur 8 jam/hari ;
Dalam 50 tahun waktu yang habis dipakai tidur 18250 hari x 8 jam= 146000 jam= 16 tahun 7 bulan; dibulatkan jadi 17 tahun
Logiknya: Alangkah sayangnya waktu 17 tahun habis di gunakan untuk tidur, padahal kita akan tertidur dari dunia untuk selamanya... ...

Waktu aktiviti kita di siang hari 12 jam
Dalam 50 tahun waktu yang habis dipakai untuk aktiviti:
18250 hari x 12 jam= 219000 jam = 25 tahun
Aktiviti disiang hari: Ada yang bekerja, atau bercinta, ada yang belajar atau mengajar, ada yang sekolah atau kuliah, ada yang makan sambil jalan-jalan, dan banyak lagi.

Waktu rehat 4 jam
Dalam 50 tahun waktu yang dipakai untuk rehat 18250 hari x 4 jam= 73000 jam = 8 tahun
Rehat: menonton tv, atau mungkin dihabiskan termenung di buai khayalan.... .
17 tahun + 25 tahun + 8 tahun = 50 tahun

Lalu Bila Nak Beribadah???
Padahal Allah ada berfirman yang bermaksud; "Tidak KUciptakan jin dan manusia melainkan untuk beribadah kepadaKU".
Maut datang menjemput tak pernah bersahut,
Malaikat datang menuntut untuk merenggut,
Manusia tak kuasa untuk berkata-kata,
Allah Maha Kuasa atas syurga dan Neraka,
Terimalah habuanmu seadanya..
Memang benar!!! Menuntut ilmu itu ibadah, kalau niatnya untuk ibadah, tetapi kebanyakannya belajar agar mudah mencari pekerjaan. Sekiranya belajar itu tidak membantu menambah pendapatan kita, kita tidak akan belajar...
Memang benar!!! Bekerja cari nafkah itu ibadah, tapi bekerja yang bagaimana? Ramai orang bekerja untuk hidup bermewah-mewahan dan amat kurang sedekahnya.
" Jarang ada yang menolak untuk dipuji dan dipuja tatkala berjaya "

Lalu Bila Nak Beribadah???
Oh! mungkin solat 5 waktu itu dianggap sudah mencukupi... !
Karena kita fikir; solat wajib besar pahalanya, solat amalan pertama yang dihisab, solat jalan untuk membuka pintu syurga...
Benarkah solat kita itu mencukupi dan diterima !!?

Berapa banyak solat kita dalam 50 tahun???
1 solat = 10 minit ..... 5x solat = 1 jam
Dalam waktu 50 tahun waktu yang terpakai utk solat = 18250 hari x I jam =18250 jam= 2 tahun

Kesimpulan: waktu yang kita manfaatkan dalam 50 tahun di dunia cuma 2 tahun untuk solat ( ini kalau yg solat 10minit! Kalau solat macam ayam patuk tanah..amacam? ) 2 tahun dari 50 tahun kesempatan kita....itupun belum tentu solat kita bermakna berpahala dan di terima.
Dan sekiranya pahala solat kita selama 2 tahun tidak sebanding dengan perbuatan dosa-dosa kita selama 50 tahun; dalam percakapan kita yang selalu dusta, baik yang sengaja ataupun tidak, dalam pertuturan kita yang sering mengguris orangtua kita, dalam harta kekayaan kita yang selalu kedekut terhadap orang faqir, dalam setiap perbuatan kita yang selalu bergelumang dosa...

Logiknya:
Bukan satu yang mustahil kita umat akhir zaman akan berhamburan di neraka untuk mendapatkan balasan kelalaian... .........
Terlalu banyak masa yang terbuang percuma selama manusia hidup di dunia dan semuanya itu akan menjadi bencana..... .......

Penyelesaian:
Tiada kata terlambat walaupun waktu berlalu cepat, isilah ia dengan sesuatu yang bermanfaat!! !!!!!
Ingatlah negeri kita...Akhirat
TAMAT
"Bukan suatu paksaan untuk di sebarluaskan"

"Saling mengingatkan sesama bukanlah hal binasa''



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...