Sunday, January 31, 2010

MIGRAIN BOLEH DIWARISI

Sakit kepala tiada penawar ini turut dialami kanak-kanak seawal 10 tahun

SEBUT saja migrain, ramai dapat membayangkan betapa azabnya berdepan masalah sakit kepala ini. Apa tidaknya, bukan sekadar kepala yang berdenyut, tetapi mata terasa perit untuk dibuka, pandangan kabur, sukar berdiri dan ada ketikanya seperti hendak pitam. Malah, sakit kepala ini juga boleh menyebabkan mood yang pada awalnya baik, boleh berubah menjadi marah dalam sekelip mata. Hakikatnya, migrain bukan sekadar sakit kepala. Kerap kali ia dirujuk sebagai masalah neurologi yang biasa menyerang khususnya wanita. Serangan migrain selalunya berlaku pada sebelah bahagian kepala, rasa sakit yang seakan dicengkam, loya, muntah dan sensitif pada cahaya, bunyi, bau malah pergerakan.

Dari segi perubatan, migrain terjadi apabila kombinasi saluran darah yang mengembang dan membebaskan bahan kimia daripada saraf fiber yang melingkari sekitar saluran darah itu. Pembebasan bahan kimia itu menyebabkan radang, rasa sakit dan seterusnya arteri membengkak. Pegawai Perubatan Kanan, Hospital Pusrawi Jalan Ipoh, Kuala Lumpur, Dr Zainordin Md Noor, berkata migrain adalah masalah yang biasa ditemui dengan anggaran antara tiga hingga 29 peratus penduduk. “Kerap kalinya migrain menyerang mereka yang berusia 16 tahun ke atas. Namun, kanak-kanak seawal usia 10 tahun boleh diserang migrain tetapi ia sedikit berbeza,” katanya.

Dr Zainordin berkata, migrain kanak-kanak ini mempunyai simptom seperti muntah atau loya. Ia bagaimanapun tidak membabitkan sakit kepala. Migrain di kalangan dewasa pula biasanya menyerang pada sebelah kiri atau kanan kepala. Rasa sakitnya pula berbeza-beza bagi setiap pesakit. Ada yang berasa sedikit kesakitan dan tidak kurang yang mengalami rasa sakit keterlaluan. Bagi sesetengah individu, rasa sakit yang menyerang itu boleh hilang dalam tempoh tiga jam tetapi ada yang perlu menanggung kesakitan sehingga tiga hari lamanya. Berbanding lelaki, wanita lebih kerap mengalami migrain yang dipercayai berkaitan dengan perubahan hormon, terutama ketika waktu haid. Bagi seorang perempuan yang kerap diserang migrain, serangan itu akan berhenti apabila dia hamil. Namun, migrain kembali menyerang selepas melahirkan anak.
Ramai percaya migrain bukan penyakit yang diwarisi secara genetik. Bagaimanapun jika ada ahli keluarga anda mengalami migrain, anda berkemungkinan turut mengalaminya.


Migrain terbahagi kepada dua jenis
1) Migrain biasa (tanpa aura)
Rasa sakit yang mencengkam dan selalunya pada sebelah kepala saja. Ada kala diikuti dengan rasa sakit perut, hilang selera makan, loya, muntah, sembelit dan cirit birit. Biasanya terjadi pada sembilan daripada 10 pesakit. sensitif pada bau, cahaya dan kebisingan.
2) Migrain klasik (dengan aura)
Sebelum serangan, biasanya pandangan pesakit terganggu dengan gambaran bintang-bintang, cahaya atau garisan bengkang bengkok. Secara puratanya, serangan migrain jenis ini berlaku dalam tempoh 22 jam.

Punca

1) Tekanan - ada kala serangan migrain berlaku akibat komplikasi tekanan. Apabila tekanan hilang, pesakit diserang migrain.
2) Terdedah kepada sinaran lampu, bunyi bising atau kepanasan yang melampau.
3) Tidak cukup tidur atau terlebih tidur.
4) Perubahan hormon.

Pencetus migrain

Jelas Dr Zainordin, ada sesetengah makanan berpotensi menjadi pencetus migrain. Walaupun bukan pada semua orang, tetapi bagi sesetengah pesakit, mereka akan diserang migrain apabila mengambil coklat, keju, buah-buahan sitrus, ais krim atau minuman kafein. “Ada bezanya antara migrain dengan sakit kepala biasa. Serangan sakit kepala setiap hari adalah sakit kepala biasa. Migrain sebaliknya membabitkan serangan seminggu sekali atau sebulan sekali. Migrain ini biasanya berdenyut dan kesakitannya pada sebelah bahagian kepala saja,” katanya. Walaupun ada kes pesakit migrain yang mengalami kesakitan pada kedua-dua belah kepala, tetapi ia jarang berlaku. Migrain tidak boleh disembuhkan tetapi boleh dielak dengan mengurangkan tekanan, mengelak makanan yang boleh menjadi mencetus serangan. Selain itu jika anda menyedari tanda-tanda awal migrain, ia boleh dicegah dengan mengambil ubat tahan sakit seperti aspirin, paracetemol atau ubat khusus untuk migrain. Namun, mengambil ubat terlalu kerap tanpa nasihat doktor akan menyebabkan komplikasi penyakit lain seperti gastrik.

Rawatan

Berdasarkan keadaan anda, doktor akan memberi ubat-ubatan yang bersesuaian. Ada pelbagai jenama ubat yang boleh anda beli di pasaran. Bagaimanapun, berjumpa doktor untuk mendapatkan diagnosis yang tepat adalah cara paling baik. Memandangkan ia adalah masalah yang sehingga kini belum dapat ditangani, anda perlu bijak menguruskan migrain, termasuk menjauhi makanan-makanan yang boleh mencetuskan masalah itu selain mengawal tekanan dengan baik.

INFO: Makanan pencetus migrain
coklat
keju
buah-buahan sitrus
ais krim
minuman kafein


sumber :berita harian
p/s betapa sakitnya apabila migrain datang..sepertimana yang aku alami...org yg mengalami migrain..dia akan faham...I.Allah setiap penyakit itu ada penawarnya.

Atasi Kesusahan,Kesempitan Dengan Banyak Beristighfar

RASULULLAH SAW bersabda yang bermaksud: "Sesiapa yang sentiasa beristighfar maka Allah akan menjadikan baginya setiap kesusahan itu ada jalan keluar dan pada setiap kesempitan ada cara mengatasinya serta memberikan rezeki kepadanya daripada sumber yang tidak disangka-sangka." (Hadis riwayat Abu Daud)

Islam menggalakkan kita memperbanyakkan beristighfar, selalu bertaubat kerana sebagai manusia biasa kita tidak terlepas daripada dosa. Rasulullah SAW sendiri sentiasa beristighfar lebih 70 kali setiap hari sedangkan baginda adalah rasul yang maksum atau dipelihara daripada dosa besar dan kecil.

Orang yang sentiasa beristighfar kepada Allah akan merasakan dirinya sentiasa dekat kepadanya-Nya. Bahkan akan timbul perasaan tenang dan dapat mengecapi hidup dengan penuh rasa yakin serta bebas daripada perasaan putus asa atau lemah.

Dosa itu adalah penyakit dan ubatnya adalah istighfar. Oleh itu bagi mengelakkan hati daripada lalai seseorang itu hendaklah sentiasa membanyakkan istighfar. Ini kerana kita tidak mengetahui bilakah masanya keampunan daripada Allah itu akan berlaku.
Sumber: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

Sunday, January 24, 2010

ZIKIR ASMAUL HUSNA

"Dan Allah mempunyai nama-nama yang baik (yang mulia) maka serulah(dan berdoalah) kepada-Nya dengan menyebut nama-nama itu..."(Surah Al-A'raf,180)

1. Yaa Allah - Allah, nama yang Maha Agung dan Mulia, pemilik semua pujian 5000x dengan Khusyuk dan tertib, kebersihan rohani untuk dekat pada Allah setiap hari.

2. Yaa Rahman - zikir 500x selepas solat lima waktu, kita akan menjadi pengasih, terang hati dan tidak pelupa.

3. Yaa Rahim - zikir 100x setiap hari menjadikan diri kita penyayang dan disayangi orang serta diberi kemudahan.

4. Yaa Malik - zikir 121x setiap hari kita akan dihargai orang secara wajar dan kehidupan kita berkecukupan.

5. Yaa Quddus- zikir 100x setiap hari selepas tergelincir matahari, hati kita akan bersih daripada kesombongan, iri hati dan hasad dengki.

6. Yaa Salaam -zikir 136x setiap hari, Insya Allah penyakit yang dideritai akan sembuh, jika dibacakan kepada orang yang sakit juga akan sembuh.

7. Yaa Mukmin - 136x setiap hari mendidik diri sendiri dan usaha amankan diri daripada lingkungan perbuatan jahat.

8. Yaa Muhaimin - Kita selalu diawasi Allah, maka sebutlah asma ini sebanyak-banyaknya agar kita akan terpelihara dan hati sentiasa bersih.

9. Yaa Aziz - zikir 40x setiap hari selesai solat subuh selama 40 hari, akan dapat pertolonagan Allah dalam hidupnya.

10. Yaa Jabbar - 266x setiap pagi dan petang, orang-orang yang memusuhi kita tidak berdaya, akan tunduk atas pertolongan Allah.



sumber: Majalah Nur o2.2010

Thursday, January 21, 2010

KEPUTERAAN SULTAN KEDAH


KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA AL SULTAN ALMU'TASIMU BILLAHI MUHIBBUDDIN TUANKU ALHAJ ABDUL HALIM MU'ADZAM SHAH IBNI ALMARHUM SULTAN BADLISHAH
D.K., D.K.H., D.K.M., D.M.N., D.U.K., D.M.K., D.K. (Kelantan), D.K. (Pahang), D.K. (Selangor), D.K. (Perlis), D.K. (Negeri Sembilan), D.K. (Johor), D.K. (Terengganu), D.K. (Perak), D.K. (Brunei), D.P. (Sarawak), D.U.N.M., S.P.M.K., S.S.D.K., D.H.M.S., D.G.M.K., Grand Cordon of The Order of the Rising Sun of Japan, Bintang Maha Putra Adiprana (Indonesia), Order of the Rammata Thailand, Honourable Knight Grand Cross Order of the Bath of U.K., Asso. Knight Order of St. John.
SULTAN NEGERI KEDAH DARUL AMAN
Merafak sembah Setinggi-tinggi Tahniah
Sempena Menyambut Hari Keputeraan
KeBawah Duli Yang Maha Mulia
AL SULTAN ALMU'TASIMU BILLAHI MUHIBBUDDIN TUANKU ALHAJ ABDUL HALIM MU'ADZAM SHAH
Yang ke 82
Daulat Tuanku, Daulat Tuanku, Daulat Tuanku

Wednesday, January 20, 2010

SELAMAT BERJUANG


Malam Siang Berlalu
Gerhana Kesayuan
Tiada Berkesudahan
Detik Masa Berlalu
Tiada Berhenti Oh Syahdunya

Sejenak Kuterkenang
Hakikat Perjuangan
Penuh Onak Dan Cabaran
Bersama Teman-Teman
Harungi Kehidupan Oh Indahnya

Berat Rasanya Di Dalam Jiwa
Untuk Melangkah Meninggalkan Semua
Kasih Dan Cinta Yang Terbina
Ia Akan Selamanya

Selamat Berjuang Sahabatku
Semoga Allah Berkatimu
Kenangan Indah Bersamamu
Takkan Ku Biar Ia Berlalu
Berjuanglah Hingga Ke Akhirnya
Dan Ingatlah Semua Ikrar Kita

Hati Ini Sayu Mengenangkan
Sengsara Di Dalam Perjuangan
Jiwa Ku Merana Dan Meronta Mengharapkan
Kedamaian Dan Jua Ketenangan

Tetapi Ku Akur Pada Hakikat
Suka Dan Duka Dalam Perjuangan
Perlu Ketabahan Dan Kekuatan

Untuk Insan Bernama Perempuan - Kewajipan menutup aurat


sebar2kanlah artikal ini untuk makluman semua

Disediakan oleh: Siti Sumayyah Sha’arani

“ Katakanlah, hai Nabi, kepada isteri-isterimu, anak-anak gadismu dan isteri-isteri orang-orang beriman, “Hendaklah mereka menutupkan baju kurungnya ke badan mereka (waktu keluar rumah)”. Yang demikian lebih memudahkan untuk mengenal mereka dan mereka tidak akan diganggu. Dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang”. (Surah Al-Ahzab : 59)

Allah telah memerintahkan kepada Nabi s.a.w agar menyuruh umatnya menutup aurat. . Sebagaimana firman Allah, para lelaki dan wanita beriman hendaklah membatasi pandangan mereka kepada lawan sejenisnya. Mereka juga hendaklah menahan pandangan yang menimbulkan syahwat. Dan caranya adalah dengan menutup aurat.

Islam menyuruh umatnya melakukan sesuatu perkara bukan tanpa sebab yang jelas. Semuanya mempunyai penjelasan. Seperti ayat Al-Quran di atas, Allah memerintahkan agar Rasulullah menyuruh isteri-isterinya dan anak-anak gadisnya untuk berpakaian sopan dan rapi agar mereka tidak diganggu orang. Ini kerana, yang biasa dan selalu diganggu di jalanan ialah wanita-wanita dan para gadis yang berpakaian minima, tidak sopan dan meransang ghairah orang yang memandangnya. Menutup aurat boleh mengelakkan mereka dari diganggu.

Apakah yang dimaksudkan dengan aurat? Aurat wanita ialah menutup seluruh anggota tubuhnya kecuali wajah dan dua telapak tangannya kepada lelaki ajnabi (bukan muhrim). Ini bermaksud, seluruh tubuh kecuali muka dan dua telapak tangannya wajib ditutup. Tiada pengecualian dalam hal ini. Setiap wanita beriman hendaklah patuh kepada perintah Allah ini untuk menjaga kemuliaan wanita.

Di antara batasan-batasan aurat yang perlu dijaga oleh wanita seperti firman Allah yang bermaksud:

“Dan katakanlah kepada wanita-wanita yang beriman, hendaklah mereka membatasi pandangannya dan memelihara kemaluannya. Dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang biasa nampak. Dan hendaklah mereka menutupkan kain kerudung sampai ke dadanya. Dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali kepada suaminya, bapaknya, bapak suaminya, anak-anaknya, anak-anak-anak suaminya, saudara-saudaranya, anak-anak saudaranya yang laki-laki, anak-anak saudaranya yang perempuan, wanita Islam, budak-budak yang mereka miliki, pelayan-pelayan pria yang tidak berkeinginan kepada wanita (sida-sida), anak-anak yang belum melihat aurat wanita. Dan janganlah mereka merentakkan kaki mereka agar diketahui orang perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan taubatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung.”

(Surah An-Nur : 31)

Seperti maksud firman di atas, Allah menyuruh wanita-wanita beriman agar menjaga auratnya termasuklah; pertama: kaki: “Dan janganlah mereka merentakkan kaki mereka agar diketahui orang perhiasan yang mereka sembunyikan”. Maksudnya di sini, para wanita dilarang memakai perhiasan di kaki yang mempunyai bunyi-bunyian seperti loceng, yang mana bila dihentakan kainya, berbunyi loceng tersebut. Kadangkala bunyi loceng di kaki boleh mendebarkan lelaki. Selain itu, kaki juga hendalah ditutup dengan stoking.

Yang kedua, sebagaimana firman Allah: “Dan hendaklah mereka menutupkan kain kerudung sampai ke dadanya”, para wanita hendaklah menutup kepala dan dada mereka dengan sempurna kerana disitu terletak fitnah yang sangat besar. Ini bermakna, seluruh kepala hendaklah ditutup dan dilabuhkan hingga ke dada sepenuhnya. Nabi s.a.w juga ada bersabda : Dari Abu Hurairah r.a., Nabi s.a.w bersabda : “Allah mengutuk wanita yang mempergunakan rambutnya untuk mengulas rambut wanita lain, wanita yang mengulas rambutnya dengan rambut wanita lain, wanita yang membuat gambar di kulitnya dengan *tusukan dan wanita yang minta kulitnya dibuat gambar dengan tusukan”. (Sahih Bukhari). Untuk menutup bahagian ini pula hendaklah dengan sempurna, dan bukan bahagian yang nipis.

Seterusnya, mata. “Dan katakanlah kepada wanita-wanita yang beriman, hendaklah mereka membatasi pandangannya…” .Wanita-wanita juga hendaklah menjaga pandangan mata mereka dari memandang aurat lelaki dan juga benda-benda yang boleh mendatangkan fitnah. Mereka hendaklah sentiasa menundukkan pandangan mereka.

Terakhir, di dalam ayat ini Allah telah menyuruh wanita-wanita beriman agar menjaga kehormatan mereka. “Dan katakanlah kepada wanita-wanita yang beriman, hendaklah mereka membatasi pandangannya dan memelihara kemaluannya”. Kehormatan di sini bermaksud mereka hendaklah mempunyai perasaan malu, kerana malu itu sebahagian daripada iman. Mereka haruslah merasa malu untuk mendedahkan aurat mereka, seterusnya menjaga perlakuan dan mengelakkan fitnah dari mata-mata yang memandang.

Selain itu, di antara batasan-batasan aurat lain yang perlu dijaga oleh wanita termasuklah suara. Firman Allah: “ Hai isteri-isteri Nabi! Kamu tidaklah seperti wanita lain. Jika kamu bertaqwa, maka janganlah perkataanmu merayu sehinggamenimbulkan keinginan orang yang ada penyakit dalam hatinya (untuk berbuat jahat). Ucapkanlah perkatan yang baik (makruf)”. (Surah Al-Ahzab:32). Suara mereka tidak boleh terlalu lunak dan mencairkan hati-hati yang berniat jahat. Sebaiknya bercakap dengan suara yang perlahan, tetapi jelas dan tenang seterusnya menyenangkan hati orang yang mendengarnya.

Islam juga telah menggariskan dengan jelas garis berpakaian yang sesuai dan mengikut syarak. Dari Ibnu Abbas r.a., katanya: Rasulullah s.a.w mengutuk laki-laki yang berpakaian seperti wanita dan wanita berpakaian seperti laki-laki. (Sahih Bukhari). Seorang wanita hendaklah berpakaian seperti seorang wanita selayaknya dan tidak mengikut pakaian kaum yang lain. Begitulah, setiap suruhan oleh agama Islam mendatangkan kebaikan untuk umatnya. Dengan menjaga aurat, kita dapat menjaga kehormatan diri dan memelihara daripada fitnah. Dengan memutup aurat, kita dapat mengelak siksaan api neraka yang maha dahsyat.

*tusukan di dalam hadith berkenaan bermaksud tattoo.

KEDAH COMMUNICATION & EVENTS SDN. BHD. (KCE)

Sumber : http://www.kedahsejahtera.com.my
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...